Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selera

Lihat Bagaimana Pizza Hut Hantar Kejutan Kepada Pesaing!

by Khai Azfar
February 13, 2020
97
KONGSIAN
Share on Facebook

Februari lazimnya dikaitkan dengan bulan yang bertemakan cinta dan kasih sayang. Untuk itu, buat pertama kali nya, Pizza Hut Malaysia bersempena dengan menu edisi terhad terbaharu turut meraikan Februari bersama pesaing-pesaingnya dengan memberi kejutan romantis menerusi penghantaran piza khas berbentuk hati.

Pizza Heart Untuk Masa Terhad 

Usaha ini merupakan sebahagian daripada langkah kreatif di bawah kempen terbaharu jenama berkenaan yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan perhubungan dan kasih sayang tanpa mengenal siapa bersama keenakan Pizza Heart.

Sebagai info,Pizza Heart merupakan sebuah menu edisi terhad terbaharu, menampilkan piza berbentuk hati yang boleh didapati bersama ‘topping’ kegemaran ramai seperti Hawaiian Chicken, Aloha Chicken, Beef Pepperoni dan Chicken Pepperoni.

Hantar Kejutan Pada Pesaing 

Disempurnakan dengan penuh kasih sayang, kempen Pizza Heart ini memperlihatkan komitmen Pizza Hut untuk sentiasa memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggannya, dengan tema yang bersesuaian mengikut musim – musim tertentu.

Bagi menyemai semangat kasih sayang dan persaingan sihat di antara jenama, Pizza Hut mengambil langkah kreatif dengan berkunjung ke lokasi-lokasi jenama restoran lain termasuk ‘Endabyu’ (A&W), ‘Teksas’ (Texas Chicken), ‘Mekdi’ (McDonald’s), ‘Kepci’ (KFC), dan pesaing utama, ‘Domeeno’ (Domino’s) bersama sekotak Pizza Heart.

“Kehadapan jiranku Domeeno,salam daripada kami di Pizza Heart. Terimalah sekeping hati kami yang diperbuat dengan kasih sayang tanpa ‘hard filling’!”

“Wahai Kepci, I tau you suka piza, tapi ‘Chizza’ tu bukan piza.Terimalah sekeping hati Pizza Heart ini. Kita belanje.”

“Kehadapan Mekdi, burger you cool, tapi janganlah jadi ‘ayam’, jom cuba Pizza Heart ini. Dengar cerita Everyone’s Lovin’ It.”

Di samping itu, Pizza Hut turut mengambil kesempatan ini bagi membuat kejutan yang sama dengan menghantar Pizza Heart kepada para pelanggan setianya.Pizza Heart kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut dan juga melalui khidmat penghantaran di seluruh Malaysia bermula hari ini sehingga 16 Februari 2020,sementara stok masih ada.

Buat yang ingin nikmati keenakan Pizza Heart, pada harga bermula RM39.90 untuk hidangan a la carte,manakala hidangan kombo juga tersedia untuk khidmat penghantaran, bawa pulang serta
makan di restoran.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
pizza hut
https://lomp.at/cz4hv
Share39Tweet24SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem