Mampu Lawan Kanser! Ini 5 Khasiat Daun Sirih Yang Ramai Tak Tahu

Daun Sirih dikenali sebagai tumbuhan yang boleh dikunyah dan khabarnya bagus untuk gigi anda. Bukan itu sahaja, ekstrak daun sirih juga sering digunakan sebagai ubat herba tradisional.

IKLAN

Kerana daun yang tumbuh menjalar ini mengandungi pelbagai komponen yang bermanfaat untuk kesihatan, seperti antioksidan. Nak tahu apa lagi faedah daun sirih yang boleh kita perolehi? Berikut kami kongsikan kepada anda.

Membantu Menyembuhkan Diabetes

Dauh sirih merah dapat mengurangkan kadar gula darah, kerana ia mengandungi molekul aktif yang disebut tanin. Komponen ini antidiabetes.

Selain itu, alkaloid dalam daun sirih juga boleh mengurangkan paras gula darah, dengan menyerap glukosa dalam pencernaan.

Mempercepat Penyembuhan Luka

Via Work Pac

Tekanan oksidatif yang tinggi menyebabkan radikal bebas boleh melambatkan penyembuhan luka. Ini boleh berbahaya bagi pesakit diabetes.

Daun sirih mengandungi polifenol yang termasuk dalam kategori antioksidan. Komponen ini meningkatkan aktiviti enzim pencegahan radikal bebas. Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Ayuverda and Integrative Medicine mendapati bahawa penggunaan ekstrak daun sirih dapat mempercepatkan penyembuhan luka.

Meredakan Gangguan Pernafasan

Via Ayyopain

Berdasarkan ilmu perubatan tradisional, daun sirih dapat membantu melegakan batuk. Campuran jus daun sirih dan madu, boleh diberikan kepada kanak-kanak untuk menyembuhkan batuk dengan kahak. Selain itu, daun sirih juga dikatakan untuk mengatasi bronkitis.

Melawan Kanser

Via Phisic World

Dilaporkan oleh Style Craze, daun sirih mengandung antioksidan, antimutagen, dan antikanser. Komponen ini berguna dalam memerangi karsinogen iaitu agen-agen yang boleh mencetuskan pertumbuhan barah (kanser) dalam tisu hidup. Di samping itu, kandungan daun sirih juga boleh membunuh beberapa sel kanser tanpa menjejaskan sel-sel yang sihat.

Meredakan Sakit Kepala

Via Medscape

Sekiranya anda mengalami sakit kepala, daun sirih dapat membantu menyembuhkannya. Jenis daun ini mempunyai komponen yang boleh menyejukkan, supaya ia melegakan kesakitan di luaran.

IKLAN
Daun sirih lawan kanserKhasiat Daun SirihManfaat Daun SIrih