Cegah Korona: 9 Tarikan Di Singapura Ini Dijamin Selamat Dikunjungi

Wabak Korona (COVID-19) yang melanda di serata dunia telah menyebabkan sebahagian daripada kita terpaksa memberhentikan seketika perancangan perjalanan ke destinasi yang diidamkan.

IKLAN

Bagi anda yang telah merancang perjalanan ke Singapura atau berfikir untuk melawat dalam beberapa bulan akan datang, kerajaan Singapura dan destinasi-destinasi tarikan di Singapura telah meningkatkan usaha untuk menjaga kesejahteraan pelawat dan memastikan mereka dapat melakukan perjalanan tanpa ada kebimbangan.

Laman Perjalanan havehalalwilltravel telah mengeluarkan 9 tarikan di Singapura yang telah meningkatkan kebersihan dan langkah berjaga-jaga untuk anda mendapat maklumat yang lebih baik mengenai destinasi yang akan dilawati.

Universal Studios Singapore (USS)

Via RWS

USS adalah salah satu tarikan utama Singapura dan menjanjikan keseronokan, samada bersama rakan atau keluarga anda! Oleh itu, sangat difahami bahawa ramai daripada anda bimbang untuk ke sana.

Sebagai sebahagian daripada tindakan pencegahan, Resorts World Sentosa (yang menguruskan USS, S.E.A. Aquarium dan Adventure Cove) telah memasang pengimbas terma untuk pemeriksaan suhu di pintu masuk utama, termasuklah pintu masuk USS.

Pihak RWS juga melakukan peningkatan kekerapan pembersihan dan pembasmian permukaan yang sering disentuh dengan mengunakan pembasmi kuman peringkat hospital. Pastikan anda membaca mengenai langkah berjaga-jaga di laman web Resort World Sentosa (RWS) untuk memastikan anda sentiasa mendapat maklumat yang terkini.

Marina Bay Sands (MBS) Dan Muzium Artscience

Via Safdie Architects

Jika anda berfikir untuk ke SkyPark yang terkenal di MBS atau menghadiri salah satu pameran yang menarik di Muzium ArtScience, semak laman web mereka untuk memastikan diri anda dikemaskini mengenai langkah berjaga-jaga yang diambil.

MBS telah melaksanakan pemeriksaan suhu di pintu masuk utama ke hotel, The Shoppes dan Muzium ArtScience. Sekiranya anda datang dari stesen MRT Bayfront, sila ambil perhatian bahawa anda perlu melalui pengimbas suhu sebelum masuk ke MBS.

Gardens By The Bay

Via Visit Singapore

Pihak Garden By The Bay telah memantau COVID-19 dengan mengambil panduan dari Kementerian Kesihatan Singapura. Pemeriksaan suhu dilakukan di semua tarikan utama mereka seperti di Flower Dome, Cloud Forest, Floral Fantasy, Supertree Observatory dan Taman Kanak-kanak.

Tambahan pula, jadual pembersihan dan pembasmian kuman telah dinaikkan kekerapan terutamanya di kawasan tertutup dan kawasan yang mempunyai ramai pelancong.

Lapangan Terbang Jewel Changi

Lapangan Terbang Jewel Changi merupakan salah satu tarikan paling baru di Singapura dan mereka telah memperhebatkan rejim pembersihan dan usaha pembasmian kuman dalam tempoh ini.

IKLAN

Kakitangan mereka akan sentiasa memantau pelancong yang kelihatan tidak sihat dan akan menasihati mereka untuk mendapatkan khidmat nasihat perubatan di klinik terdekat di Terminal Lapangan Terbang Changi. Topeng muka juga akan disediakan kepada tetamu yang merasa kurang sihat.

Lapangan Terbang Changi

Via Travel Noire

Sekiranya anda melancong ke Singapura melalui penerbangan dan anda prihatin tentang keselamatan anda di lapangan terbang, Lapangan Terbang Changi telah meningkatkan langkah-langkah melindungi para pekerja dan pelancong. Seperti yang dinyatakan oleh havehalalwilltravel, semua penumpang yang tiba di lapangan terbang dan kakitangan lapangan terbang akan melalui pemeriksaan suhu.

Bagi kawasan yang mempunyai hubungan manusia yang tinggi seperti skrin sentuh, susur tangan pada travellators dan eskalator, butang lif, penyejuk air dan kawasan permainan, kawasan ini dibersihkan dan disuci sehingga 4 kali sehari. Meja di restoran juga dibersihkan dan dibasmi kuman setiap kali digunakan.

Singapore River Cruise

Via Klook

Salah satu cara terbaik untuk menikmati keindahan bandar Singapura adalah dengan melayari Singapore River Cruise. Menaiki bot yang akan membawa anda ke pemandangan ikonik seperti Merlion, Esplanade, Helix Bridge dan Marina Bay Sands.

Langkah-langkah ini termasuklah membersihkan sekitar kawasan Singapore River Cruise dan tempat pelepasan. Permbersih tangan juga disediakan di kaunter tiket supaya anda boleh membersihkan tangan anda sebelum anda menaiki pelayaran!

Masjid Sultan

Via Visit Singapore

Tidak syak lagi bahawa Masjid Sultan dan Kawasan Bugis sangat terkenal dengan pelancong Islam, terutamanya dengan pelbagai restoran halal di sekelilingnya. Jika anda merancang untuk solat di Masjid Sultan semasa lawatan anda, Majlis Agama Islam Singapura (MUIS) telah melancarkan beberapa langkah berjaga-jaga.

Mengikut havehalalwilltravel, walaupun Masjid Sultan kini ditutup sehingga notis lanjut, tetapi anda masih dialu-alukan untuk melawat masjid lain yang berada disekitar Singapura. Semua masjid di Singapura telah meningkatkan langkah kebersihan seperti membersihkan dan membasmi kemudahan dan menyediakan pembersih tangan yang mudah didapati untuk jemaah.

Zoo Singapura, Safari Malam dan Safari Sungai

Walaupun terdapat sedikit ragu-ragu dan ketidakpastian berhubung rapat dengan haiwan dalam tempoh ini, Wildlife Reserves Singapore (yang menguruskan Zoo Singapura, Safari Malam dan Safari Sungai) telah memberi jaminan kepada pengunjung melalui siaran di Facebooknya. Ini kerana mereka turut melakukan pemeriksaan kesihatan kepada haiwan disini.

Galeri Nasional Singapura

Peningkatan perkhidmatan pembersihan dan pembasmian kuman telah dilakukan dan pembersih tangan juga boleh didapati di galeri ini. Kakitangan galeri juga telah diberi taklimat untuk terus berjaga-jaga dan memantau kesihatan para pelawat.

Tahniah kepada tarikan-tarikan ini dalam meningkatkan kebersihan dan langkah berjaga-jaga dan kami harap anda kini mendapat maklumat yang lebih baik mengenai keadaan di Singapura dan destinasi pelancongan anda.

Gardens By The BayKorona (COVID-19) selamatLapangan Terbang Jewel ChangiMarina Bay Sands (MBS) Dan Muzium ArtscienceSingapore River CruiseSingapura Ini Selamat DikunjungiUniversal Studios Singapore (USS)