Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Jackie Chan Disyaki Terkena Virus Corona?

by Phic ARMAN
February 26, 2020
211
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam kekecohan mengenai merebaknya Virus Korona di pelbagai negara, muncul pula berita tidak menyenangkan dari aktor legenda Jackie Chan. Para peminat pelakon aksi berusia 65 tahun itu bimbang kerana dirinya dilaporkan secara meluas menjalani kuarantin akibat virus korona.

Isu ini timbul selepas Jackie Chan dilaporkan meraikan sebuah perayaan bersama-sama rakan-rakannya yang merupakan anggota polis Hong Kong, yang ternyata positif dengan virus itu.

Seperti yang dilaporkan menerusia berita di Today Online, 25 Februari, 2020, terdapat sebuah video yang menunjukkan Jackie Chan bersama artis lain, seperti Eric Tsang dan Alan Tam berpesta dengan beberapa orang yang disyaki sebagai pegawai polis Hong Kong.

Video itu juga menimbulkan rasa gusar kerana tidak ada sesiapa yang terlihat memakai topeng di dalam bilik itu di kala situasi yang sibuk dengan wabak virus korona.

Selepas video itu tular, tepat pada 21 Februari 2020, pihak polis Hong Kong mengesahkan bahawa 59 pegawai polis menjalani kuarantin selepas menghadiri parti persaraan seorang pegawai polis.

Menurut pegawai kesihatan, empat anggota bersama isteri dan mertua seorang pegawai polis diuji positif bagi virus korona setelah menunjukkan tanda-tanda penyakit.

Khabar angin di media sosial yang menyatakan bahawa Jackie Chan dan rakan seniman lain berada di tempat yang sama. Oleh itu, menimbulkan syak wasangka bahawa pelakon filem Vanguard itu juga menjalani kuarantin.

Namun sejumlah netizen tidak percaya dan mengatakan bahawa berita itu tidak benar. Mereka percaya bahawa Jackie tidak berada di tempat yang sama dengan pegawai polis.

Sudah pasti, selepas siasatan lanjut, didapati dua peristiwa yang berlaku di lokasi yang berbeza. Pegawai polis berada di restoran makanan laut di Daerah Barat, sementara Jackie Chan berada di Yau Yat Chuen Garden City Club di Kowloon.

Baling & Hempas Anak Kecil Ke Sofa, Sikap Kejam Jackie Chan Buat Ramai Tercengang!

Kedua-dua tempat ini dianggarkan kira-kira 30 minit jauhnya. Walau bagaimanapun, Jackie Chan sendiri tidak memberikan apa-apa maklumat yang berkaitan dengan virus korona atas dakwaan ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
corona virusCoronavirusjackie chanjackie chan corona virus
https://lomp.at/677zt
Share120Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem