Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Fizo Omar, Tolong Sedar Diri Ya – Zarina Anjoulie Beri Teguran ‘Pedas’

by Khai Azfar
March 30, 2020
84
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu luahan selebriti terhadap kerajaan mengenai nasib mereka selepas pengumuman bantuan kerajaan dalam dana PRIHATIN semakin hangat apabila muncul pula perbalahan dikalangan selebriti.

Zarina Anjoulie Beri Teguran 

Terbaru, pelakon Zarina Anjoulie tampil memberi teguran terhadap Fizo Omar, selepas Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar,35 meninggalkan komen sinis terhadap video Zarina tentang gaya hidup mewah golongan artis yang telah dimuatnaik sebuah portal hiburan.

“Kesian pula aku tengok dia ni,” tulis Fizo pada ruangan komen posting tersebut

Fizo Teruk Dikecam 

Berang dengan komen tersebut, tidak lama kemudian Zarina turut meninggalkan komen balas yang membuatkan rata-rata netizen turut menyokong tindakan pelakon Anak Pontianak itu sekaligus membuatkan Fizo teruk dikecam.

Tegas Zarina, Fizo seharusnya sedar akan status dirinya sebelum ini yang berjaya kerana bantuan peminat dan masyarakat yang banyak membantu kariernya.

“Fizo Omar, tolong sedar diri. Sebelum kau ada apa-apa, muka buruk saja. Tanpa masyarakat, rakyat yang membantu dan beri kau sokongan, kau masih mamat kampung. Ingat masa hari raya bini kau jual tudung sampai habis, masyarakat dan peminat juga yang beli.

“Apabila netizen dan peminat tengah susah, macam ini kau repay them back. Really? Sama macam artis-artis lain yang kata ‘oh tak bersyukur ke tak kenang budi selama ini kita dah hiburkan kau’.

“Lagi satu aku nak cakap, kalau tanpa peminat semua ini, korang masih merempat dekat kampung bawa motor buruk. Sedar diri masing-masing.

“Ini maksud aku yang korang semua suka ambil kesempatan apabila waktu nak bisnes dan promosi barang pandai panggil peminat dan netizen suruh support,”

Terdahulu, Zarina turut menegur sikap segelintir selebriti yang gemar menayang kemewahan namun tidak mempunyai perancangan masa depan dan kini mengharapkan bantuan khas buat golongan selebriti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fizo omarzarina anjoulieZarina Anjoulie Fizo Omar
Share82Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara