[VIDEO] Tuju K-Clique Didakwa Pukul Loca B?

Sejak malam tadi, tular di media sosial memperkatakan mengenai kontroversi melibatkan salah seorang anggota kumpuan K-Clique, Tuju yang didakwa telah memukul teman wanitanya yang juga penyanyi, Loca B.

IKLAN

Trending Di Twitter 

Dalam carian Murai.my mendapati nama Tuju turut ‘trending’ di tangga teratas laman Twitter ekoran Loca B mendedahkan sikap Tuju di media sosialnya.

Dedah Loca B ,di laman Insta-story nya dia menunjukkan terdapat beberapa kecederaan dan kesan lebam yang dialaminya sebelum ini. Bagaimanapun, tidak lama kemudian pelantun Dendam Wanita ini memadam posting berkenaan.

Loca B Hanya Anggap Tuju Panas Baran

Biarpun netizen kini mengecam tindakan Tuju yang dianggap mereka seperti sesuatu yang tidak bermoral, Loca B masih mempertahankan teman lelakinya itu dengan bertegas bahawa dia bukanlah seorang kaki pukul seperti yang didakwa mereka. Sebaliknya dia hanyalah seorang yang panas baran selain akui pernah diugut serta diheret oleh penyanyi rap itu.

“I took down the posts. Aku ada hak untuk bersuara. I did not take it down because I said something wrong.

“Its because orang mula guna perkataan kaki pukul.

“Lebam sebab kami bergelut dalam kereta. He kept pulling me into the car. Aku pun jadi kasar dengan dia sebab aku tak tahan masa tu.

“Gigit tu dia kata sebab dia takut naik flying fox, dia melekat dengan Yusif. Bila kat atas tu dia panic dan tergigit. Tapi dia macam nak sorok benda tu awal-awal.

“Dan selama ni memang dia panas baran macam genggam tangan sampai lebam, cekik pernah, ugut pernah, kena heret pernah. Baru-baru ni berubah tapi verbal abuse pula.

“Aku bukan cakap dia tak ‘abusive’. Tapi dia bukan kaki pukul,”

IKLAN

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Tuju selain ada diantara mereka mula ingin memboikot penyanyi itu akibat sikap panas barannya.

Loca BTuju K-CliqueTuju Pukul Loca B