Giliran Hard Rock Cafe Kota Kinabalu Pula Ditutup

Sebelum ini, Murai.my telah melaporkan beberapa buah hotel dalam negara terpaksa ditutup berikutan terjejas akibat penularan wabak COVID-19.

IKLAN

Ucap Selamat Tinggal

Terbaru, Hard Rock Cafe yang terletak Kota Kinabalu, Sabah pula mengalami nasib yang sama apabila mereka secara rasminya telah mengucapkan selamat tinggal pada 30 April yang lalu. Sebelum ini, kafe yang dibuka sejak 1 April 2015 itu ditutup bagi menjaga kebersihan serta Keselamatan para pekerja.

Tinggal 3 Cawangan 

Susulan daripad itu, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk mengekalkan penutupan operasi kafe itu. Pihak Hard Rock International (HRI) menerusi satu kenyataan turut mengucapkan terima kasih buat semua para pengunjung yang pernah melawati serta menyokong cawangan mereka di negeri bawah bayu itu.Sebagai info, Malaysia kini hanya tinggal tiga lagi cawangan Hard Rock iaitu bertempat di Pulau Pinang, Melaka dan Kuala Lumpur.

hard rock cafeHard rock cafe kota kinabalu