7 Menu Bazar Ramadan Yang Boleh Didapati Melalui ‘Online’

Setiap kali Ramadan berlangsung, salah satu perkara yang sangat digemari oleh semua orang ialah bazar ramadan. Makanan yang lazat serta pilihan aneka minuman membuatkan kita semua rindu akan suasana bazar Ramadan.

IKLAN

Disebabkan COVID-19, kerajaan telah membatalkan bazar Ramadan pada tahun 2020 dan ramai dalam kalangan peniaga yang mencari alternatif lain dengan membuat penjualan secara atas talian. Berikut adalah 7 senarai menu bazar Ramadan yang boleh didapati secara dalam talian.

Sate

via Unilever Food Solution

Tidak kira di bazar Ramadan mana anda pergi, bau sate pasti membuatkan semua orang tertarik. Dihidangkan dengan kuah kacang, timun dan bawang, hidangan tradisional ini pastinya menu wajib ketika bulan Ramadan.

Jangan risau, kini pelbagai pilihan sate boleh terus di hantar ke pintu rumah anda. Anda boleh dapatkan melalui Satay ShafiqSatay Datuk KeramatSatay Mat Kuala dan FV Bazaar.

Lemang

via Butter Kicap

Lemang sangat sesuai dimakan  begitu sahaja ataupun dicicah bersama dengan kari ayam ataupun daging. Hidangan ini merupakan salah satu menu klasik yang wajib ketika musim perayaan termasuklah ketika bulan Ramadan dan juga Syawal.

Kini anda boleh dapatkan lemang ini secara atas talian melalui Lemang Daun Lerek Greenwood, Pak Jol Lemang dan FV Bazaar.

Murtabak

via Curious Nut

Dibuat daripada kulit yang ranggup bersama pilihan daging, bawang dan telur, pasti menu ini tidak pernah ketinggalan ketika Ramadan. Hampir semua daripada kita tidak akan ketinggalan untuk menjadikan murtabak sebagai menu wajib ketika berbuka.

Dapatkan pelbagai pilihan murtabak melalui Murtabak Hafiz, Yati Murtabak Kampung Baru, Murtabak Mami & Murtabak Sultan dan juga di FV Bazaar.

Ayam Percik

via Butter Kicap

Sebagai makanan yang mesti ada di menu sepanjang bulan Ramadan dan Raya, dapatkan ayam percik anda secara dalam talian pada tahun ini! Dengan perapan rempah dan kuah yang pekat, pasti ini memberikan bayangan yang indah untuk berbuka kelak.

Ayam Percik Merecik’s, Ayam Percik Raff Kitchen dan FV Bazaar ada menawarkan perkhidmatan penjualan ayam percik secara atas talian.

Rendang

via Dream Co Ind

Rendang yang pekat, lembut dan berperisa pasti disukai ramai rakyat Malaysia. Ia sesuai jika dimakan bersama dengan dengan nasi putih, ketupat, lemang dan juga roti! Kadang kala, meratah rendang juga sering terjadi kerana tidak tahan akan kesedapan menu ini.

Pelbagai pilihan rendang yang boleh didapati daripada Rendang Mak Cik Kiah, FV Bazaar dan juga Bazaar-Rakyat.

IKLAN

Roti John

via Sorted Club

Roti John yang berbentuk seakan sandwich tetapi berlainan sedikit merupakan pilihan yang popular dan wajib di bazar Ramadan. Mempunyai bahan asas seperti telur, bawang, sos cili dan daging lembu, kini roti john telah diubah suai untuk menambahkan lagi pelbagai pilihannya.

Untuk anda yang menginginkanya, boleh dapatkan melalui Roti John Debab Leleh, Roti John Ketageh Daun Lerek dan Nz Roti John Putrajaya.

Laksa

via Leung

Sekiranya anda belum menjadikan laksa sebagai sajian untuk berbuka puasa, anda boleh mencubanya dengan mendapatkanya secara atas talian! Dari laksa asam Pulau Pinang hingga laksa Johor, terdapat banyak variasi hidangan ini yang dapat anda nikmati pada bulan Ramadan ini.

Dapatkan pilihan laksa ini melalui Laksa Johor Meletop, Laksa Pineng, FV Bazaar dan Bazaar-Rakyat.

Secara amnya, anda masih boleh menikmati pelbagai pilihan menu bazar Ramadan semasa tempoh PKP, yang penting kekalkan untuk duduk di rumah dan sentiasa menjaga kebersihan dan penjarakkan sosial.

bazar ramadanbazar ramadan 2020bazar ramadan onlinejual onlinelaksa onlinemenu atas talianmenu berbukamenu onlinemurtabak onlinerendang onlineroti john onlinesatay online