Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Kenali Tan Lee Bee, Jurubahasa Isyarat TV Malaysia Lebih 34 Tahun

by Khai Azfar
May 13, 2020
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Secara sedar atau tidak, siapa sangka wajah ini sudah menghiasi kaca televisyen rakyat Malaysia sudah lebih dari 25 tahun.

Berkhidmat Sejak 1986 

Figura yang dimaksudkan adalah Tan Lee Bee, jurabahasa atau penyampai bahasa Isyarat di RTM yang berkhidmat di stesen televisyen berkenaan sejak tahun 1986. Meskipun penampilannya hanya terlihat kecil di bahagian bawah Televisyen, namun peranannya cukup penting bagi berkongsi sesuatu berita atau mesej buat golongan orang kurang upaya (OKU) pendengaran dan bisu.

Berkongsi pengalamannnya, menurut Lee Bee dia mula berkhidmat dalam bidang penyiaran menerusi program bual bicara Selamat Pagi Malaysia (SPM) di RTM pada 1986. Ramai yang tidak tahu,Lee Bee sebenarnya langsung tidak pernah mempelajari bahasa Isyarat secara formal sewaktu menyertai RTM sebagai jurubahasa isyarat.

Adik Sebagai Inspirasi 

Segalanya bermula apabila Lee Bee yang berasal dari Labis, Johor menemani adiknya yang mengalami masalah pekak untuk bersekolah di sebuah sekolah khas di Kuala Lumpur.Kerana simpati dengan nasib adiknya itu, setiap hari dia akan pergi ke sekolah berkenaan dan menunggu sehingga adiknya itu habis belaja. Ketika itu, dia masih menjadi guru di Sekolah Kanak-Kanak Pekak, Selangor sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Tennessee, Amerika Syarikat.

Akui kerjaya ini mempunyai cabaran tersendiri, Lee Bee juga bertugas di mahkamah sebagai jurubahasa. Antara cabaran yang dihadapinya adalah keperluan berlakon demi menyampaikan maksud. Gerak tangan, mimik muka dan bahasa badan perlulah seiring dengan apa yang dibacakan serta perlu pantas berfikir untuk memenuhi tahap Bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

Lucunya, dedah Lee Bee, apabila ada kes rogol, dia terpaksa melakukan ‘pergerakan tertentu’ di mahkamah bagi memudahkan mangsa atau tertuduh memahami prosiding yang sedang dijalankan.

“Kalau bagi kes kesalahan dadah pula, saya terpaksa membawa foto-foto tentang jenis-jenis dadah untuk ditunjukkan kepada tertuduh, sebab itu jangan terkejut dalam beg tangan saya ada macam-macam gambar dadah termasuk kalendar.

“Nak tahu kenapa kalendar? Ini kerana saya akan menggunakan kalendar untuk ditunjukkan kepada tertuduh tentang berapa lama hukuman penjara yang perlu dilaluinya,” katanya.

Dalam carian Murai.my di laman Twitter selepas tularnya kisah mengenai Lee Bee, rata-rata mengagumi ketokohan yang ada padanya selain beranggapan wanita ini sebagai salah seorang wira negara yang patut diberikan pengiktirafan. Terima kasih Puan Lee Bee!

Tan Lee BeeTan Lee Bee RTM
https://lomp.at/zrkbm
Share41Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara