Jangan Sedih! 5 Perkara Yang Menyeronokkan Jika Bekerja Di Hari Raya

Hari Raya adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Pada hari ini, semua umat Islam akan meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.Walaupun tahun ini Hari Raya disambut dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), tatapi majoriti daripada kita akan mengambil cuti yang lebih untuk sambutan perayaan ini.

IKLAN

Tetapi untuk anda yang terpaksa bekerja dan hadir ke pejabat, jangan risau! Anda masih boleh menikmati keseronokkan sambutan Hari Raya ketika sedang bekerja.

Jalan Tidak Sesak

via The Star

Meskipun jalan raya dalam keadaan sedikit kosong ketika PKP ini, percayalah ketika musim perayaan, jalan raya pasti akan bertambah kosong kerana masing-masing sibuk merayakan bersama saudara mara di rumah. Masa inilah untuk anda keluar rumah berbeza dari kebiasaan kerana jalan sudahpun kosong.

Tidak Perlu Berebut Parkir

via Flickr

Bukan sahaja anda boleh keluar lambat, bekerja ketika musim perayaan dapat mengelakkan daripada terjadinya perkara berebut kawasan parkir. Pada masa ini, seolah-olah seluruh kawasan parkir adalah milik anda!

Dapat Membuat Kerja Dengan Tenang

via Forbes

Sebentar tadi parkir milik anda, sekarang pejabat juga menjadi milik anda! Pada masa ini pasti kebanyakkan pejabat dalam keadaan kosong dan ini membolehkan anda membuat kerja dalam keadaan tenang dan fokus tanpa ada sebarang ganguan.

Makanan Percuma

via mStar

Percayalah ketika musim perayaan ini pasti akan ada pihak termasuk rakan sepejabat yang tinggal berhampiran memberikan juadah Hari Raya. Mungkin bukan setakat seorang, malah juadah ini kadangkala terlalu banyak sehinggakan anda boleh menyimpannya untuk makan malam pula.

Selamat Duit Raya

via Dollar and Sense

Ini yang menarik! Bekerja ketika musim perayaan dapat dijadikan salah satu alasan untuk mengelak daripada  memberikan duit raya. Jadi gunakan duit ini untuk perkara yang lebih wajib dan penting.

Justeru, usahlah bersedih sekiranya anda terpaksa bekerja semasa musim perayaan! Walhal ada sesetengah daripada kita yang bekerja luar dari negeri penetapan ibu bapa turut tidak dapat pulang menyambut hari raya disebabkan PKP.

bekerja dihari rayacara bekerja di hari rayakelebihan bekerja dihari rayatidak dapat pulang ke kampungtip bekerja dihari raya