Beraya Semasa PKP! 5 Cara Untuk Kekalkan ‘Vibes’ Beraya Di Kampung

Masyarakat sudah mula menerima dengan terbuka bahawa Hari Raya tahun ini disambut bersama ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan yang berada di dalam negeri yang sama.

IKLAN

Walaupun dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP), suasana Hari Raya di kampung masih boleh dirasai dengan mengamalkan beberapa perkara yang dapat meningkatkan vibes raya.

Berhubung Secara Maya Di Pagi Raya

via Mama Mazul

Tidak semestinya tidak dapat balik beraya di kampung ukhwah antara ahli keluarga terhenti sementara betul? Jadi untuk memastikan hubungan dan suasana Hari Raya masih terasa, anda boleh berhubung secara maya dengan cara melakukan video call di kampung.

Ambil masa dalam sejam dan luangkan masa ini untuk menceritakan kepada keluarga di kampung mengenai persediaan dan suasana Hari Raya anda.

Membuat Persedian Raya Sama Seperti Di Kampung

via Mesra Mall

Selalunya pulang awal sebelum menyambut Hari Raya adalah perkara wajib untuk setiap ahli keluarga. Untuk tahun ini, apa kata anda amalkan perkara yang sama cuma aplikasikanya di rumah sendiri. Ambil cuti lebih awal dan hiaslah rumah sama seperti di kampung.

Mungkin anda boleh mencuba beberapa idea menarik untuk dilakukan secara DIY. Untuk yang bekeluarga, lakukanya bersama anak-anak, manakala yang bujang, rakan-rakan serumah adalah pilihan yang paling tepat. Jangan lupa kongsikan hasilnya dengan ahli keluarga di kampung.

Memasak Juadah Tradisi Keluarga

via mStar

Perkara wajib yang perlu ada di pagi Hari Raya adalah juadah yang menjadi tradisi dalam keluarga betul? Untuk Hari Raya kali ini, anda boleh mencuba memasak sendiri juadah yang seringkali dimasak ketika beraya di kampung.

Percayalah aktiviti ini akan menambahkan lagi keseronokkan walaupun anda beraya secara sendiri.

Meriahkan Suasana Raya Bersama Ahli Keluarga Terdekat

via Marketing Interactive

Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan, walaupun beraya kali ini mempunyai SOP, tetapi anda masih boleh mengekalkan suasana Hari Raya dengan mengunjungi ahli keluarga yang terdekat. Pasti mereka juga turut menunggu kehadiran anda!

Berhubunglah bersama rakan-rakan dalam negeri yang sama dan kekalkan suasana Hari Raya dengan mengunjungi rumah mereka. Yang penting, amalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Memakai Pakaian Yang Kemas Dan Cantik

via Home Family Site

Salah satu cara untuk menaikkan semangat Hari Raya adalah memakai pakaian yang kemas dan cantik. Tidak perlu pakaian yang baru, cukup dengan pakaian yang buat anda nampak cantik, kemas dan bersemangat di pagi Hari Raya. Apa yang penting suasana Hari Raya masih dirasai.

Jadi untuk anda yang tidak dapat pulang ke kampung jangan jadikan ini sebagai satu alasan bahawa Hari Raya anda suram dan tidak bermakna. Ingat, anda yang mencipta suasana sekeliling anda! Jadi kekalkan vibes raya supaya Hari Raya tahun ini akan diingati sampi bila-bila.

IKLAN
beraya di bandarberaya semasa pkpCara Kekalkan 'Vibes' Beraya Di Kampungraya di bandarsuasana raya di bandartip berayatip beraya semasa pkp