Oh No! ‘Port Boba Tea’ Di SS15 Semakin Mati Kerana Kurang Pelanggan

Bercakap mengenai SS15 Subang Jaya sudah pasti akan terlintas di fikiran mengenai aneka jenis Bubble Tea yang dijual sepanjang jalan ‘Bubble Tea Sreet’.

IKLAN

Sesetengah Jenama Bubble Tea Tutup Operasi 

Boleh dikatakan disini merupakan syurga buat mereka yang menggemari minuman berasaskan mutiara kenyal ini malah lazimnya dibanjiri dengan anak-anak muda yang ingin mendapatkan minuman ini.

Namun begitu, situasi tersebut mungkin tidak lagi dapat dilihat pada masa akan datang. Ini kerana menerusi sebuah perkongsian di laman Facebook, terdapat sesetengah jenama ‘bubble tea’ di kawasan tersebut telah menutup perniagaan mereka.

Kesan Dari COVID-19 

Malah premis mereka juga sudah tersedia papan iklan ‘untuk disewa’. Rata-rata pengguna percaya kebanyakan kedai-kedai yang telah ditutup adalah kerana terkesan dengan penularan wabak COVID-19 yang membuatkan perniagaan merosot apatah lagi dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, mereka menzahirkan rasa simpati buat perniagaan yang terkesan selain mengharapkan perniagaan lain yang masih dibuka, agar kekal teguh dengan operasi masing-masing

Boba TeaBubble Tea ss15SS15