Pelakon bersiri Chernobyl Diaries, Dimitri Diatchenko, ditemui polis Florida dengan tidak bernyawa di kediamannya di Pantai Daytona lima minggu selepas kematiannya.
Dipetik dari Dailymail, polis tempatan menemui mayat Dimitri setelah lima minggu kematian pelakon itu yang berlaku pada 22 April.
Melalui pemeriksaan perubatan, Dimitri dinyatakan mati kerana overdos ubat yang diambilnya.
Dia dinyatakan mengalami overdosis fentanyl dan vallium yang merupakan ubat penahan sakit yang menjadi ketagihan dan biasanya digunakan sebagai pengganti heroin dan juga diazepam.
Dimitri terkenal membintangi sejumlah filem, salah satunya berjudul GI Jane di mana Dimitri bergandingan dengan akres Demi Moore pada tahun 1997.
Dia juga berpeluang berlakon bersama Jennifer Garner dalam siri televisyen Alias.
Saudara-mara dan keluarganya mengesahkan kematian Dimitri sebagai overdos ubat kerana khabar angin sebelumnya beredar bahawa kematian pelakon itu disebabkan oleh virus korona.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.