Bunga Durian Masak Gulai. 5 Jenis Bunga Yang Boleh Dicuba Dalam Menu Seharian

Mencuba sesuatu yang baru bukanlah asing lagi dalam menu masakan. Kebanyakkan daripada kita sudah pandai untuk mengolah menu masakan supaya nampak lebih menarik dan tidak membosankan.

IKLAN

Antara menu makanan yang jarang didengari adalah menu yang berasaskan bunga. Menurut halaman Saji, terdapat beberapa jenis bunga yang boleh dijadikan bahan dalam masakan anda.

Bunga Durian

via Pinterest

Ini suatu yang baru untuk admin. Untuk pengetahuan, di Sarawak dan Negeri Sembilan mereka menggunakan bunga durian sebagai salah satu bahan dalam sajian. Bunga durian akan di masak bersama gulai, rendang, goreng belacan dan juga kerabu. Pastikan basuh dengan bersih sehingga hilang lendir yang terdapat pada bunga ini sebelum memasukkan dalam sajian anda.

Bunga Betik

via Soon Huat Seeds

Bunga betik yang pahit dijadikan sebagai ulam yang dicicah bersama sambal belacan. Menurut halaman Saji, pahit bunga betik boleh dihilangkan dengan meramas dengan garam sebelum dimasak ataupun merendam menggunakan asam jawa, asam gelugur ataupun daun senduduk.

Selain dibuat ulam, bunga betik juga boleh digoreng tumis dan dijadikan kerabu bunga betik.

Bunga Nipah

via Wikimedia

Nipah adalah sejenis pokok palma yang hidup di hutan paya bakau yang kebanyakannya berdekatan tepi laut ataupun di kuala sungai. Bunga nipah akan berbunga secara bergugus dicelah-celah pelepah nipah dan di hujung tangkainya menghasilkan buah.

Bunga nipah yang telah dibersihkan perlulah direbus untuk menghilangkan rasa pahit dan kebanyakkan memasaknya dalam menu kerabu dan juga masak lemak.

Bunga Kekwa

via Pidjar

Menurut halaman Saji, bunga kekwa jenis chrysanthemum coronarium sahaja yang boleh dimakan dengan cara mengeringkan dahulu sebelum dibuat teh. Bunga kekwa dipercayai dapat menyejukkan badan, anti radang, merawat permasalahan kulit, merawat hati lemah, memperbaiki daya penglihatan serta merangsang pengedaran darah.

Selain dijadikan teh, kebiasaannya bunga kekwa akan digoreng bersama hirisan bawang putih dengan sedikit cili kering dan dihidangkan panas-panas.

Bunga Tongkeng

via Colourfull Threads

Bunga tongkeng merupakan tumbuhan yang menjalar, berwarna putih kekuningan dan mengeluarkan bau harum di waktu malam. Ia kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin A dan vitamin C. Pucuk bunga tongkeng mempunyai rasa yang agak pahit tetapi enak dibuat kerabu, gulai dan juga digoreng.

Untuk mencuba sesuatu yang baru, apa salahnya anda menjadikan bunga-bunga di atas sebagai salah satu bahan dalam masakan anda. Suatu yang menarik!

IKLAN
bunga betikbunga boleh dimakanbunga durianbunga kekwabunga nipahbunga tongkengmasak bunga durianresepi bunga durian