BLACKPINK telahpun memenangkan trofi di pentas musik Inkigayo edisi Minggu, 5 Julai 2020. Single How You Like That mereka berjaya dinobatkan sebagai juara, mengalahkan para pesaingnya.
Kesemua empat member BLACKPINK hadir di acara tersebut dan mereka menerima pujian kerana terlihat santai dan yakin diri.
Yang paling menarik, saat BLACKPINK membuat persembahan di hujung acara. Ia sebuah ritual di mana seorang artis atau sebuah kumpulan menyanyi membawakan lagunya dengan lancar tanpa bantuan vokal latarbelakang seperti saat di pentas.
blackpink’s inkigayo encore yup live stable queens ☝🏻☝🏻☝🏻#HYLT_1stWin #HowYouLikeThat_1stWin @blackpink pic.twitter.com/t8UcLxb50e
— CLOSED (@intoblackpivk) July 5, 2020
Suara Asal
Jennie memulakan nyanyian dengan bahagian liriknya. Pada mulanya, dia agak ragu-ragu dan sedikit teruja setelah mereka memenangi piala, tetapi dia segera menyesuaikan suasana dengan lebih serius.
Rupa-rupanya keempat-empat ahli itu berjaya membawa ‘How You Like That’ dengan tidak sumbang. Peminat terpesona dengan suara asli Jennie, Lisa, Rose dan Jisoo yang lebih stabil.
Rose, yang merupakan vokalis utama, pasti mendapat perhatian dengan suaranya yang merdu. Tetapi Jisoo juga dipuji kerana vokalnya semakin baik.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.