Lisa BLACKPINK sekali lagi muncul dalam sebuah video yang memaparkan bakatnya menari. Ia dipertontonkan melalui saluran YouTube rasmi Lilifilm, bertajuk LILI’s FILM # 4 – LISA Dance Performance Video pada hari Jumaat, 10 Julai 2020.
Ini menandakan kali keempat Lisa telah menyampaikan persembahan tarian dalam saluran tersebut. Kali ini, Lisa menari koreografi yang dibuat oleh guru tari Cheshir Ha. Dalam video tersebut, Lisa turut ditemani oleh rakan-rakannya, iaitu Vata dan Yehwan Kim. Namun, Lisa dituduh sebagai cultural appropriation atau menghina budaya orang kulit hitam. Betul ke?
Dengan mendendangkan lagu Chris Brown dan Young Thug’s City Girls, Lisa berjaya memukau orang ramai dengan kemahirannya menari. Walaupun disambut positif, ada beberapa orang yang mempersoalkan aksesori kepala yang digunakan Lisa.
Dipetik dari Koreaboo, Lisa dituduh menggunakan durag atau du-rag, penutup kepala yang merupakan budaya khas orang kulit hitam. Jadi ramai yang mendakwa Lisa menghina budaya mereka.
Melalui akaun Instagram @iamanthonyking, pengarah video tarian Lisa yang bernama Anthony King, membela Lisa. Dia menjelaskan bahawa yang dipakai Lisa bukanlah durag, tetapi sapu tangan yang melilit kepala. Lebih-lebih lagi, Anthony King sendiri adalah sebahagian daripada komuniti kulit hitam. Oleh itu, dia menegaskan bahawa Lisa itu tidak memperleceh atau menghina budaya.
“Fyi, apa yang dipakai Lisa adalah sapu tangan atau selendang … bukan du-rag. Saya menganggap bahawa mereka yang berfikir begitu tidak pernah melihat du-rag sebelum ini. Saya membesar memakainya. Jadi percayalah. Lol,”- tulis Anthony di Instagram Story, yang dilihat oleh Murai MY.
Tambahnya lagi, Anthony bahkan memberikan perspektif mengenai makna di sebalik durag dan menyindir mereka yang membuat tuduhan sedemikian. Padahal, mereka belum tentu mengetahui asal usul durag seperti dirinya.
Dalam perkembangan lain, sehingga hari ini video tarian terbaru Lisa Blackpink kini telah ditonton lebih dari 4 juta kali dan menduduki tempat ke-15 dalam senarai Trending YouTube di Indonesia. Kini, Blackpink sibuk dengan aktiviti promosi untuk comeback terbaru mereka dengan lagu How You Like That.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.