Dikaitkan Dengan Engku Emran, Akaun IG Atikah Muncul Semula Dengan Pesanan Ini

Semalam Murai MY mengeluarkan artikel tentang Akaun Instagram Atikah, wanita yang disyaki menjadi teman rapat Engku Emran tiba-tiba hilang. Kini, akaun Instagram telah muncul semula. Atikah juga memberi alasan berkaitan dengan kehilangan akaun Instagramnya semalam.

IKLAN

Laporan dari Inserlive memaklumkan bahawa dia mendedahkan hal ini menerusi muat naik terbaru di laman Instagramnya.

“Sekarang, saya memutuskan untuk melepaskan beberapa perkara dalam kehidupan media sosial untuk merenungkan lebih banyak perkara indah yang memancarkan kegembiraan murni bagi jiwa saya,” jelasnya.

“Jadi, sementara waktu, aku akan membiarkan fotografi menunjukkan kepadaku lebih banyak jalan yang jarang aku lalu–mungkin dengan berbasikal!,” sambungnya.

Malangnya, muat naik itu terhad untuk dikomen. Atikah menghadkan ruangan komen untuk setiap muat naik di Instagram. Malah akaun Instagramnya kini telah ditetapkan sebagai private.

Dilaporkan sebelumnya, Atikah yang disyaki menjadi teman rapat Engku Emran menjadi perhatian orang ramai kerana dia sering berbasikal dengan Engku Emran.

Namun, kedua-duanya belum memberikan penjelasan mengenai masalah kedekatan mereka yang menjadi perhatian.

Atikah Abu Bakarengku emran