Monday, July 7, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Dah Macam Dekat “Overseas”, Jom Lihat 10 Lokasi Menarik Di Perlis

by Naddy Joe
August 10, 2020
227
KONGSIAN
Share on Facebook

Negeri Perlis atau lebih dikenali dengan gelaran Perlis Indera Kayangan adalah negeri terkecil di Malaysia. Perlis yang terletak di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan mempunyai Wilayah Satun dan Songkhla Thailand di sempadan utara. Anda ingin mengatakan Perlis tiada tempat-tempat yang ‘awesome’? Jawapannya tentulah tidak! Perlis mempunyai banyak tempat-tempat yang boleh anda melawat apabila tiba di sana. Murai My shortlist tempat-tempat best untuk anda. Scroll sampai habis okay!

Lebuhraya Chuping- Padang Besar

via @rxhmathidayat
via @pqrl00
via @rxhmathidayat

Lebuhraya Chuping -Padang Besar yang dahulunya dikenali sebagai ladang tebu. Kini kawasan ini telah digantikan dengan tanaman getah dan kenaf. Ianya menjadi kawasan popular untuk anda mengambil gambar dan video. Bukan itu sahaja, ia juga sesuai untuk aktiviti memerhati burung dan mencerap bintang.

Taman Ular Dan Reptilia Perlis

via @Syazrin Yazid

Taman Ular dan Reptilia terletak di Kangar. Terdapat lebih 150 ekor ular daripada 34 spesies di taman ini, dengan 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies luar negara seperti ular Sawa dan ular Kapak.

via @saysseismik

Kini, Taman Ular dan Reptilia mempunyai tarikan baru iaitu ladang bunga matahari. Anda tidak perlu lagi ke luar negara untuk merasai suasana di dalam ladang bunga matahari. Boleh feeling overseas kat situ.

via @pqrl00

Empangan Tasik Timah Tasoh

via @pqrl00

Empangan Tasik Timah Tasoh adalah empangan yang utama bagi negeri Perlis. Tasik buatan ini menjadi pilihan ramai kerana keindahan panoramanya yang cantik dan membuatkan orang ramai terpukau. Tasik ini sentiasa menjadi lokasi pilihan untuk bergambar dan mengambil video.

via @shanindddd

Tasik ini bukan sahaja menjadi bagi yang suka bergambar, malah menjadi sumber hasil kepada nelayan darat untuk mencari rezeki dan aktiviti memancing.

Padang Besar

via hazril15

Tak lengkap rasanya jika anda datang ke Perlis tetapi tak singgah di Padang Besar. Padang Besar merupakan syurga membeli-belah bukan sahaja bagi rakyat Perlis malah seluruh rakyat Malaysia kerana lokasinya yang bebas cukai di antara sempadan Malaysia-Thailand. Anda bukan sahaja dapat ‘shopping sakan’ di sini, malah anda boleh mencuba makanan-makanan yang unik.

Masjid Al Hussain, Kuala Perlis

via gettyimages

Masjid Al Hussain atau lebih dikenali sebagai Masjid Terapung merupakan sebuah binaan masjid yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis. Masjid ini dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Pemandangannya sangat indah untuk dinikmati lebih-lebih lagi apabila tibanya waktu senja. Masjid ini juga boleh dilawati oleh orang bukan Islam dan tidak terhad kepada orang Islam sahaja.

Kuala Perlis

via gettyimages

Kuala Perlis adalah bandar kedua terbesar dan merupakan pelabuhan utama di Perlis. Kuala Perlis terkenal sebagai pintu masuk untuk ke Langkawi selain Kuala Kedah, Kedah. Anda boleh menikmati keindahan pemandangan pesisir pantai serta perkampungan nelayan. Antara aktiviti tahunan yang selalu diadakan di sini adalah Pesta Air Kuala Perlis.

Gua Kelam

via Malaysia Destinasi Pelancongan

Gua Kelam ialah salah satu daripada gua batu kapur yang tertua di Malaysia, sepanjang 370 meter berdekatan sebuah pekan kecil yang dipanggil Kaki Bukit. Ia terletak kira-kira 33km di utara Kangar.

via facebook

Anda dapat merasai pengalaman gua melalui jalan kayu yang disediakan. Anda masih dapat menemui sisa perlombongan bijih timah yang masih ada di dalam gua.

Bukit Merbok

via Malay-nomad.asia

Bukit Merbok adalah antara bukit yang terkenal  di Perlis bagi ‘kaki hiking’ yang ingin menjelajahi gua batu kapur pengalaman climbing yang mencabar. Anda akan merasai pengalaman melalui ladang buluh madu yang luas sebelum memulakan foothill.

Tasik Melati

@MrJocko

Tasik Melati ini memperoleh namanya dari bunga Jasmine yang harum. Tasik Melati ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti tempat letak kenderaan yang luas, trek joging dan laluan konkrit di seluruh tasik untuk memudahkan pengunjung.Lebih menarik lagi, anda tidak perlu mengenakan sebarang bayaran untuk memasuki tasik ini.

Puncak Wang Kelian

via @Best Vi Sion

Wang Kelian terletak di bahagian utara Perlis. Wang Kelian  terletak di kaki Banjaran Nakawan dan dikelilingi oleh bukit-bukit dan sangkapan batu kapur. Puncak Wang Kelian menjadi pilihan para pendaki kerana keindahan panoramanya pada waktu senja dan matahari terbit.

Jadi bagaimana? Anda sudah rasa tak sabar untuk ke Perlis? Murai MY juga dah mula merancang untuk ke sana. Jom ke Perlis!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
perlistasik timah tasoh
https://lomp.at/y1mw9
Share106Tweet50SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem