Hafiz Zainal Dedah 3 Kali Mencuba Sertai Big Stage

Siapa sangka, Dr Hafiz Zainal atau lebih dikenali sebagai Hafiz Zainal sebenarnya telah mencuba nasib sebanyak tiga kali bagi menyertai rancangan realiti Big Stage.

IKLAN

Percubaan Kali Ketiga Berjaya 

Biarpun tidak berjaya untuk kali pertama dan kedua, akhirnya dia mampu menarik nafas lega apabila terpilih sebagai salah seorang dari 12 peserta Big Stage 2020. Jelasnya, dia enggan berputus asa meskipun pernah gagal sebelum ini kerana nyanyian adalah minatnya selama ini.

“Sebenarnya saya dah cuba audition Big Stage sebanyak 3 kali bermula dari musim pertama. Alhamdulillah rezeki saya pada musim ketiga.Menyanyi itu adalah darah daging saya. Sebelum ini saya pernah keluarkan beberapa single tapi saya rasa kurang dapat sambutan.

Meskipun pernah sertai beberapa program realiti lain, saya rasa Big Stage ini seperti batu lonjatan dan satu lagi platform untuk saya buktikan diri saya layak mewarnai industri muzik” katanya kepada Murai.my

Saling Melengkapi 

Walaupun mempunyai karier tetap sebagai doktor gigi namun bagi Hafiz, dia sama sekali tidak akan menamatkan mana-mana kerjayanya kerana menganggap ianya saling melengkapi.

“Saya faham secara tak langsung dua karier ini seperti melengkapi antara satu sama lain dan sedikit sebanyak memberikan keunikan saya berbanding peserta lain” tambahnya lagi.

Hafiz Zainal ditemui Murai.my di Sidang Media pengumuman 12 peserta Big Stage 2020 baru-baru ini. Big Stage musim ketiga ini akan bermula pada 16 Ogos 2020 disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

big stage 2020dr hafiz zainalhafiz zainal