Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

Produksi Bincang Mahu Gantikan Atau Kekalkan Ji Soo Dalam “River Where The Moon Rises”

by Naddy Joe
March 5, 2021
231
KONGSIAN
Share on Facebook

Drama KBS, River Where The Moon Rises telah membatalkan penggambarannya hari ini , 4 Mac, dan sedang membincangkan sama ada akan menggantikan Ji Soo sebagai pelakon utama disebabkan skandal buli.

Penggambaran Dibatalkan Pada Hari Ini

Menurut laporan dari YTN, River Where The Moon Rises membatalkan penggambaran yang dijadualkan pada hari ini, tetapi dirancang untuk disambung semula pada 5 Mac. Pembatalan itu dilaporkan disebabkan oleh permohonan maaf Ji Soo berikutan tuduhannya membuli.

Bincang Sama Ada Aktor Ji Soo Akan Diganti Atau Tidak

Seorang wakil dari drama tersebut telah mengesahkan bahawa mereka sedang berbincang sama ada akan menggantkannya atau tidak.

“Kami mengadakan pertemuan hari ini mengenai adakah Ji Soo akan terus membintangi drama itu atau tidak. Kami akan menjelaskan kedudukan kami sebaik sahaja keputusan dibuat. Jadual penggambaran yang dikemaskini juga akan diputuskan kemudian.”- River Where The Moon Rises

Lebih 5,500 Netizen Menandatangani Petisyen Terhadap Ji Soo

Kini Lebih daripada 5,500 netizen telah menandatangani petisyen yang meminta Ji Soo dikeluarkan dari drama tersebut disebabkan skandal buli. Aktor Ji Soo yang memegang watak sebagai On Dal dalam River Where The Moon Rises, yang mana hanya menyiarkan 6 daripada 20 episodnya setakat ini.

Terkini : Ji Soo Dilucutkan Daripada Watak Utama Dalam Drama River Where The Moon Rises

KBS dilaporkan telah mengeluarkan Ji Soo yang memegang sebagai watak utama untuk drama mereka, River Where The Moon Rises. Menurut laporan dari News1, KBS membuat keputusan untuk menggantikan Ji Soo sebagai pelakon utama selepas perbincangan yang teliti.

Pasukan produksi masih menyiapkan butiran lain seperti siapakah pelakon yang bakal menggantikan Ji Soo, sama ada babak Ji Soo yang sebelum ini akan ditayangkan atau tidak, dan bila pelakon pengganti ini akan bermula. Kini, skripnya sudah selesai sehingga episod 18, dan penggambaran bahagian Ji Soo sudah dijalankan sebanyak 95 peratus.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/m3zri
Share92Tweet58SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem