[VIDEO] Iklan Domino’s Pizza Ini Dituduh Rasis, Anti-Cina?

Iklan selama 30 saat oleh Domino’s Pizza di UK ini telah menimbulkan kemarahan kerana disifatkan sebagai ‘rasis’ oleh pengkritik di media sosial, dan baru-baru ini seorang aktivis membawakan hal ini ke Lembaga Piawaian Pengiklanan (ASA) UK.

IKLAN

“Apa-Apa Sahaja Kecuali Cina”

Iklan tersebut bermula dengan Claire dan dua orang rakannya sedang membuat keputusan tempahan makanan untuk makan malam.

“Apa-apa sahaja kecuali Cina”- Kata salah seorang daripada mereka

Iklan tersebut terus merujuk kepada pesaing palsu yang disebut “Madagascan Halloumi Pop-up” yang mana beroperasi begitu perlahan sehingga pelanggan akhirnya terpaksa mengambil pesanan mereka sendiri.

Claire versi masa depan yang baru sahaj terjatuh di kolam simen hadir dan mendesak kumpulan itu untuk memesan Domino’s Pizza.

Tiada Isu Sewaktu Awal Disiarkan

Pada awal-awal iklan ini disiarkan, iklan ini tidak mempunyai sebarang isu sehinggalah seorang pengguna TikTok Viv Yau menyiarkan video tentangnya dan membawanya ke Instagram

Yau, yang berbangsa Cina itu  mahu melaporkan iklan tersebut kepada ASA, pengatur iklan di semua media.

IKLAN

Apa komen anda?