Teknik Dan Cara Betul Untuk Bersihkan Sotong Agar Bau Hanyir Mudah Hilang

Sotong merupakan salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Pelbagai jenis menu yang boleh dimasak dengan sotong seperti gulai kari, masak lemak, sotong bakar dan sebagainya. Menurut KOMPAS.com, ada beberapa teknik dan cara yang betul supaya proses membasuh sotong menjadi lebih cepat disamping dapat menghilangkan bau hanyir.

IKLAN

Menarik Kepala Dan Tulang Sotong

via IDN Times

Perkara pertama yang perlu dilakukan ketika membersihkan sotong adalah dengan menarik bahagian kepalanya dengan perlahan dan membuang tulang yang terdapat dalam badan sotong. Pastikan kepala sotong ditarik dengan perlahan untuk elakkan dakwat di dalamnya pecah.

Potong Secara Memanjang Bahagian Badan Sotong

via Hiloved

Bagi yang risau dan takot dakwat sotong pecah semasa menarik kepalanya, anda boleh mencuba dengan membelah secara memanjang badan sotong dari bahagian tengah ke bahagian bawah.

Menurut KOMPAS.com, pastikan tidak terkena kantung dakwat kerana jika kantung ini pecah, singki anda pasti penuh dengan warna hitam.

Kikis Kotoran Dengan Menggunakan Pisau

via Haibonda

Setelah isi sotong dan kepala diasingkan, anda boleh menggunakan pisau untuk mengikis segala kekotoran yang terdapat pada badan sotong. Kikis secara perlahan-lahan di bahagian luar dan dalam sotong. Ini akan mengeluarkan lendir dan kotoran yang terdapat pada badan sotong.

Buang Lapisan Luar Sotong

via Haibonda

Bagi yang inginkan sotong nampak lebih bersih, anda boleh membuang lapisan luar epidermis sotong yang berwarna merah. Caranya dengan menarik dengan perlahan-lahan supaya lapisan ini dapat ditarik dengan cantik.

Ada yang mengatakan bahawa dengan membuang lapisan epidermis ini dapat menjadikan sotong lebih lembut ketika dimasak.

Cuci Di Bawah Air Yang Mengalir

via Kumparan

Menurut KOMPAS.com, setelah selesai membuang segala kotoran, sebaiknya anda mencuci sotong di bawah air yang mengalir. Mungkin anda boleh merendam dahulu, kemuadian barulah mencucinya dengan bersih. Setelah selesai, lap dengan tisu dapur untuk menghilangkan lebihan air dan siap untuk dimasak.

Jadi untuk anda yang ingin belajar sendiri memasak sotong boleh amalkan teknik di atas supaya sotong kekal segar dan dapat mengelakkan daripada bau hanyir yang kuat.

cara membersihan sotongpetua masakansotongtips masakan