Sanggup? Hidangan Ini Menggunakan Daun Ganja Untuk Tarikan Pelancong

Sebuah restoran di sebuah hospital di Bangkok, Thailand ini menyajikan hidangan yang mengandungi daun ganja atau marijuana. Hidangan ini diperkenalkan untuk menjadi tarikan pelancong yang mencari makanan yang mempunyai khasiat istimewa dari tumbuhan ini. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

IKLAN

via Reuters

Menyediakan Pelbagai Hidangan Menarik

via Reuters

Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan menarik seperti sup babi gembira, roti goreng yang disertakan dengan daging babi dan daun ganja, dan salad daun ganja yang disajikan dengan daging babi dan sayur cincang.

“Saya tidak pernah makan daun ganja, rasanya pelik tetapi ianya sedap”- Pelanggan tempatan

via Reuters

Rasa daun ganja serupa seperti sayur-sayuran yang dimakan setiap hari, tetapi kesan selepas memakannya agak berbeza.

“Ia membuatkan tekak saya kering dan saya menginginkan benda manis”-Pelanggan tempatan

Membantu Pesakit Untuk Sembuh

via Reuters

Menurut Pakakrong Kwankao, ketua projek di hospital Chao Phya Abhaibhubejhr di Prachin Buri ini menyatakan, bahawa jika memasukkan sedikit daun ganja ke dalam makanan akan membantu pesakit sembuh dengan lebih cepat. Selain itu, daun ganja juga dapat meningkatkan selera makan, dan membantu tidur dengan nyenyak.

“Daun ganja, jika dimasukkan ke dalam makanan atau dengan jumlah yang sedikit…ia akan membantu pesakit untuk sembuh lebih cepat dari penyakit itu.”- Kata Ketua Projek

“Daun ganja dapat meningkatkan selera makan dan membuat anda tidur dengan nyenyak, dan juga membuatkan anda berada dalam mood yang baik.”

Hospital Perintis Yang Mengkaji Ganja

via Reuters

Hospital ini terkenal sebagai perintis di Thailand kerana mengkaji ganja dan kemampuannya untuk menghilangkan rasa sakit dan keletihan.

Negara Asia Tenggara Pertama Membenarkan Penggunaan Ganja

via Reuters

Thailand pada tahun 2017 menjadi negara Asia pertama yang membenarkan penggunaan ganja dalam perubatan dan sejak itu ramai yang telah membuka banyak klinik ganja perubatan.

Rancang Menambahkan Lebih Banyak Ganja Dalam Hidangan Thailand

Menurut Reuters, menteri pendidikan Thailand, Kanokwan Vilawan menyatakan bahawa langkah seterusnya adalah untuk menyediakan hidangan Thailand yang terkenal untuk menjangkan audiens antarabangsa.

IKLAN

“Kami merancang untuk menambahkan lebih banyak ganja pada hidangan Tahailand yang sememangnya terkenal seperti sup kari hijau untuk meningkatkan lagi populariti hidangan ini.”- Kanokwan

Adakah anda sanggup?