Prof Muhaya Mohon Maaf, Dikecam Minta Pesakit ‘Anxiety’ Berhenti Makan Ubat

Baru-baru ini, pakar mata yang juga pakar motivasi Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad telah dikecam hebat oleh netizen di media sosial gara-gara perkongsian videonya mengenai masalah keresahan (anxiety).

IKLAN

Pesakit Anxiety Tidak Perlukan Ubat 

Dalam video tersebut,Prof Muhaya telah memberi pandangan kepada mereka yang berhadapan dengan masalah ini untuk tidak bergantung kepada ubat mahupun doktor.

“Minta maaf, bonda kan against the mainstream. stop the medication dan jangan percaya, dont think what the doctor said”

“Because saya anxiety, saya anxiety walaupun buat muscle test. Sebut saya anxiety, saya anxiety tak kuat. Saya sihat, saya sihat terus kuat. So? within two seconds you can change” katanya seperti dipetik menerusi sesi perbualan bersama seorang personaliti televisyen

Terima Kecaman Hebat 

Kerana kenyataan tersebut, terdapat segelintir pihak mengecam termasuk mereka yang terdiri daripada pakar perubatan yang kurang bersetuju dengan Prof Muhaya yang meminta agar beliau tidak memukul rata dan menjadi pakar dalam semua bidang kerana ramai penghidap anxiety yang bergelut dengan masalah ini.

Malah ada diantara mereka berpendapat agar beliau tidak mengulas perkara yang bukan dalam bidangnya kerana kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan apa dihidapi oleh pesakit tersebut.

Terbaru, menerusi laman Instagram nya, Prof Muhaya tampil memohon maaf secara terbuka berikutan video nya sebelum ini telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Mohon Maaf Secara Terbuka

Menurut Prof Muhaya, dia akui telah melangkaui bidangnya untuk memberikan kenyataan mengenai masalah anxiety. Selain itu,  dia turut memaafkan mereka yang mengecamnya sebelum ini kerana enggan mempunyai sebarang masalah jiwa.

IKLAN

Dalam pada itu, rata-rata daripada pengikut Prof Muhaya memuji tindakannya yang professional dan menganggap perkongsiannya sebelum ini hanya sekadar pandangan semata-mata.

Prof MuhayaProf Muhaya Anxiety