Zizi Kirana Ungkap Alasan Kenapa Masih Belum Bertudung

Zizi Kirana bukan lah asing dalam dunia hiburan. Lagi-lagi dia baru sahaja terpilih untuk bertanding dalam Anugerah Juara Lagu ke-35 menerusi lagu Eh!.

IKLAN

Populariti Zizi nampaknya semakin menyinar, bukan sahaja dalam karier seninya, malah kehidupan peribadi nya juga menjadi perhatian peminat. Selepas video alunan suara merdunya mengaji Al- Quran menjadi tular dan dipuji netizen, kini peminat mengharapkan penghijrahannya untuk bertudung.

Menerusi temubual Zizi bersama BH Online, Zizi menjelaskan bahawa dia sudah pun memasang niat untuk bertudung. Namun dia tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan.

“Jika ikutkan niat mahu bertudung sudah ada. Cuma, saya enggan terburu-buru. Saya sentiasa mengharapkan doa yang baik-baik,”

“Insya-Allah, saya akan perlahan-lahan berubah, tidaklah melakukan perubahan drastik. Saya tak mahu dilihat berpakaian terbuka kepada tutup secara mengejut.”- katanya

Tambahnya lagi, Zizi sangat  bersyukur ramai mendoakan nya untuk berubah dan yakin suatu masa nanti dia akan bertudung jua.

“Mana tahu hati saya terbuka bertudung, mungkin esok atau lusa.”

IKLAN

seksitudungzizi kirana