• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amylea Azizan Telah Bercerai-“Berat Rasa Hati Untuk Memaklumkan..”

by Naddy Joe
October 13, 2025
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi, Amylea Azizan mengumumkan bahawa perkahwinannya bersama Mohammad Aqbar Mohamad telahpun berakhir.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Amylea menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai penceraiannya itu untuk mengelakkan daripada mengaibkan mana-mana pihak.

“Berat rasa hati untuk memaklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Bin Mohamad.

Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.”-tulis Amylea di Instagram

Telah Lama Tamat Iddah

Jelas penyanyi Tak Pernah Hilang ini, dia masih menghormati dan menyayangi ibu mentua dan seluruh keluarga bekas suami selain menjelaskan bahawa dia telah lama selesai melalui tempoh iddah selepas bercerai dengan Mohammad Aqbar.

“Saya sangat hormati dan sangat sayangi ibu mentua dan seluruh keluarga bekas suami, dan anak-anak tiri saya. Kami masih berhubungan dengan baik.

Saya sudah lama tamat iddah, dan saya dalam keadaan sejahtera. Saya doakan kesedihan seperti saya tidak akan berulang pada orang-orang yang saya sayangi.”-tulis Amylea

Mahu Elak Fitnah

Tambah Amylea, pengumuman mengenai penceraiannya itu adalah bertujuan bagi mengelakkan daripada berlaku fitnah.

“Sesungguhnya saya ikhlas dalam perkahwinan kami, dan sekarang redha dengan takdir Allah.

Doakan saya. This news tak sepenting hal yang berlaku di dunia, tapi saya hanya nak mengelakkan fitnah.”-tambah Amylea lagi

View this post on Instagram

A post shared by Amylea Azizan (@amyleaazizan)

Sekadar info, Amylea dan Mohammad Aqbar terdahulu mengumumkan pernikahan mereka pada November 2023. Mereka walaubagaimanapun tidak mengumumkan tarikh sebenar majlis pernikahan mereka.

Difahamkan, Amylea dan Aqbar disatukan pada majlis akad nikah di rumah keluarganya di Sungai Petani, Kedah. Dalam majlis yang dibuat secara tertutup itu, Amylea menerima mas kahwin senaskhah Al-Quran, telekung dan wang hantaran bernilai RM8,888.

Apa komen anda?

Amylea Buang Simbol Cinta Dalam Tong Sampah, Padam Semua Foto Bekas Suami Lepas Umum Cerai
Amylea Azizan
https://lomp.at/eses8
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore