Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amyra Rosli Bimbang Kes Buli Makin Parah, Dedah Anak Hanya Dibenar Guna Gajet Sejam Sehari

by Puteri Alia
August 11, 2025
Share on Facebook

Sentiasa mengambil berat perkembangan anak-anak di sekolah, pelakon dan pengacara terkenal Amyra Rosli menegaskan kepentingan ibu bapa untuk sentiasa memantau tingkah laku anak masing-masing, khususnya ketika kes buli di sekolah semakin membimbangkan. Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 33, berkata gejala buli sering berlaku kerana ada ibu bapa yang tidak menyedari sama ada anak mereka menjadi mangsa atau pelaku.

“Ibu bapa kena cakna. Kena selalu berbual dengan anak tentang aktiviti harian di sekolah. Saya juga kerap bertanyakan keadaan anak kepada guru. Ini untuk pemantauan bagi mengelakkan mereka menjadi pembuli atau dibuli. Kalau dibuli, kita kena jelaskan tindakan yang perlu diambil. Ibu bapa jangan ambil ringan kalau anak-anak mengadu. Jumpa cikgu kalau gangguan berterusan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran wajah baharu butik Amber di Wangsa Walk, baru-baru ini.

Ibu kepada dua cahaya mata itu bersyukur kerana anak-anaknya tidak pernah berdepan pengalaman dibuli walaupun bersifat introvert. Namun, perasaan bimbang tetap wujud kerana risiko itu sentiasa ada. Amyra mengakui hatinya tersentuh setiap kali membaca atau mendengar berita kes buli yang membawa kepada kematian, seperti tragedi menimpa Allahyarham Zara Qairina.

Bagi Amyra, kesedaran mengenai isu ini perlu diterapkan sejak awal peringkat sekolah melalui program khas. “Pandangan saya, pihak kementerian berkaitan dan sekolah perlu tingkatkan kesedaran serta ajar anak-anak cara melindungi diri,” ujarnya.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin itu turut mendedahkan mereka mengehadkan penggunaan gajet anak-anak kepada hanya sejam sehari selepas pulang sekolah. Langkah ini diambil bagi mengelakkan pendedahan kepada kandungan negatif di media sosial. “Kita beri mereka menonton program kegemaran sekejap selain galakkan bermain di luar rumah,” katanya. Rumah tangga Amyra dan Amar yang dibina pada 11 November 2016 kini diserikan dengan kehadiran Aqeef Anaqi Amar, 8, dan Aura Aryssa, 5.

Amyra Rosli Akui Pernah Terdetik Mahu Buka Tudung – "Saya Paksa Diri Untuk Istiqamah"
amyra rosli
https://lomp.at/fu3uk
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Menangis Lihat Rakyat Malaysia Kongsi Momen Masak Bersama , Netizen Bangga!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Usahawan dan personaliti media sosial, Khairul Aming meluahkan rasa sebak melihat rata-rata rakyat Malaysia yang berkongsi momen indah bersama keluarga...

Read moreDetails
Foto - @iamellymazlein (IG)
Lokal

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik

by Nurul A.
January 23, 2026

Pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein meluahkan rasa tersentuh dan terharu apabila mendedahkan dia telah menerima pujian daripada pendakwah Ustazah...

Read moreDetails
Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara