Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.

Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat perkhabaran tersebut pada hari pertama Umat Islam menyambut Ramadhan yang juga bulan kelahiran anak-anaknya itu.

Malah situasi sama turut berlaku pada tahun apabila putera sulungnya, Andre Mikhail, turut disahkan menghidap kanser paru-paru pada bulan dan waktu yang sama.

“Assalamualaikum, Salam Ramadhan, hari ini Ramadhan pertama, di bulan Februari, bulan kelahiran anak-anak anak-anak saya. Sama yang berlaku tahun lepas, bulan Ramadhan dan pada bulan kelahiran anak saya Andre Mikhail 18 tahun disahkan hidap kanser paru-paru.

Dan pada tahun ini, pada bulan Ramadhan juga dan pada bulan Februari juga bulan kelahiran anak saya Adrian Adam pula disahkan hidap kanser tulang.”-kongsi Amyza di Instagram

View this post on Instagram

Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa Serta Kata-Kata Semangat!

Menjengah ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti seperti Sharnaaz Ahmad, Sharifah Shahirah, Azza ELITE, Yana Samsudin, Marsha Milan, Amelina Sharipuddin dan ramai lagi membanjiri ruangan komen dengan memberikan kata-kata semangat buat Amyza, malah ramai yang mendoakan agar Adrian Adam dan Andre Mikhail diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Handsome boy. Semoga Allah angkat dan hapus segala penyakit.”-Sharnaaz Ahmad

“Ja, peluk kamu dari jauh sayang. Saya tahu kamu kuat sangat. Dan kamu tahu yang Allah sangat sayang kamu. Sebab kamu insan berhati mulia dan sangat baik. Allah uji kamu dengan ujian ini dan saya pasti syurga tertinggi lah untuk seorang ibu seperti kamu.”

“Allahuakabar.. semoga di beri ganjaran pahala tertinggi atas kesabaran menghadapi dugaan ini.. Semoga di beri kesembuhan buat anak anak akak… 😢🤲🏻 di mudah kan segala urusan dunia akhirat.. aamin”-Yana Samsudin

“Hugs akak, may Allah give you strength during this difficult times.”-Marsha Milan

“Semoga kuat sis..kami semua sentiasa doakan yang baik-baik..doa ibu tu tinggi sis..along faham hati ibu..kekuatan ko tu adalah kekuatan dia sebenarnya.”-Amelina Sharipudin

Sama-sama kita doakan agar Amyza Aznan terus kuat dan anak-anaknya diberikan kesembuhan dengan cepat..Aaminn.

[VIDEO] Aida Aris Buat 'Live' Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-"Tolong Hormat..."
Amyza Aznan
https://lomp.at/d9ily
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Foto - @nubhan.ahamad (Threads)
Lokal

Kelibat Wanita Dalam Hantaran IG Nubhan Curi Perhatian- “So Betullah Ni?”

by Nurul A.
March 26, 2026

Nama penyanyi Nubhan menjadi bualan ramai selepas memuat naik hantaran terbarunya di media sosial. Menerusi hantaran tersebut, Nubhan dilihat sedang...

Read moreDetails
Spotlight

Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Nama usahawan kosmetik sensasi, Dato' Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman sememangnya sering menjadi perhatian ramai. Setiap kali berkongsi kehidupan mewah...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Diyana Halik Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aaron Aziz Yang Ke-50

by Naddy Joe
February 24, 2026

Perkongsian isteri kepada aktor kelahiran Singapura, Diyana Halik iaitu Aaron Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen kejutan hari lahir...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara