• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

5 Yang Menarik Mengenai Bakal Puteri Ayda Jebat & Nabil Mahir

Pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat ini akan bersalin dua minggu lebih awal.

by Khai Azfar
August 30, 2021
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Jumaat lalu (27 Ogos 2021), pasangan selebriti popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir telah mengumumkan mereka bakal menimang seorang cahaya mata pada penghujung September kelak.

Umum Bakal Timang Anak Perempuan

Menerusi sebuah video berdurasi hampir lapan minit yang dimuatnaik di laman YouTube mereka, Ayda dan Nabil kelihatan teruja membuat pengumuman tersebut secara virtual yang dikongsi untuk tatapan umum.

Dalam temubual bersama media pula, pasangan ini turut berkongsi beberapa fakta dan perihal menarik mengenai kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka tidak lama lagi. Berikut, Murai.my tampilkan 5 fakta tersebut.

1.Bakal Dilahirkan Menerusi Pembedahan

View this post on Instagram

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Untuk kelahiran sulung ini, Ayda bakal menjalani proses tersebut menerusi kaedah pembedahan. Terlebih dahulu, Ayda berkata dia sudah meminta izin Nabil untuk memilih kaedah berkenaan. Malah jelasnya tiada sebarang sebab tertentu untuk bersalin secara pembedahan kerana dia lebih mengutamakan kesihatan dirinya dan anak kelak.

2.  Bersalin Lebih Awal

Sebagai info, Ayda sebelum ini dijangka akan bersalin pada 8 Oktober. Berikutan memilih kaedah pembedahan, pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat ini akan bersalin dua minggu lebih awal.

3. Sudah Disuntik Dua Dos Vaksin COVID-19

Dalam pada itu, Ayda turut memaklumkan bahawa dirinya sudah menerima dua suntikan dos vaksin COVID-19. Biarpun begitu, ia bukanlah asbab untuk pelakon dan penyanyi ini bebas keluar merata-rata tempat. Sebaliknya, bagi Ayda dia mengambil langkah berjaga-jaga untuk hanya duduk di rumah.

“Alhamdulillah saya sudah lengkap dua dos vaksin tapi tetap tidak keluar rumah. Keluar hanya untuk urusan penting sahaja” kata Ayda kepada Murai.my

4. Sudah Senaraikan Beberapa Nama

Buat pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 ini, mereka akui sudah memiih beberapa nama buat puteri sulung mereka. Namun, sehingga kini masih belum memuktamadkan nama tersebut.

5. Sebaya Dengan Ramai Anak Selebriti Popular

Sebaik selamat bersalin kelak, anak Ayda dan Nabil itu juga bakal sebaya dengan ramai anak selebriti-selebriti popular yang lain. Antaranya seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Scha Al-Yahya, Shuib Sepahtu, Lisa Surihani, Yatt Hamzah,Ain Edruce, Sari Yanti, Miera Liyana, Nad Zainal,Ummi Nazeera, Fasha Sandha, Leez Rosli dan Wawa Zainal.

Anak Ayda Jebatanak selebritiAyda Jebat Nabil Mahir
https://lomp.at/4g58m
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
VIA X @PerlisPermai
LifeXplore

Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Bukit Chabang Mari merupakan salah satu tarikan pelancongan yang semakin mendapat perhatian di Perlis, terutamanya bagi mereka yang sukakan suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  2. 2

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

  3. 3

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  4. 4

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  5. 5

    Masuk RM2 Jer! View Bukit Chabang Mari, Perlis Dah Macam Switzerland,

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore