Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kami Sedang Riba Afnan Untuk Kali Terakhir”- Anak Azmi Saat Meninggal Dunia

Azmi Saat dan isterinya diuji dengan dugaan yang besar apabila bayi lelaki mereka disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

by Khai Azfar
September 30, 2021
Share on Facebook

Baru sahaja gembira bergelar sebagai ibu dan bapa, namun penyanyi yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker, Azmi Saat serta isterinya diuji dengan dugaan yang besar apabila bayi lelaki mereka Khairul Afnan telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Anak Azmi Meninggal Dunia 

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram nya, Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Saat, 37, berkongsi khabar duka tersebut setelah bayinya mengalami masalah kesihatan.

“Allah lebih menyayanginya..Afnan tunggu kami di syurga ya..” tulis Azmi

Di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti seperti Wany Hasrita, Syamel, Vicha, serta ramai lagi turut berasa sedih dengan berita tersebut selain mengucapkan salam takziah buat Azmy sekeluarga.

View this post on Instagram

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

Tidak Dedahkan Penyakit Anak 

Sebelum ini, Azmi memohon orang ramai untuk mendoakan bayi lelakinya yang sedang berdepan dengan masalah kesihatan dan tidak menerangkan lebih lanjut mengenai penyakit yang dialami oleh bayi comel itu. Dalam pada itu,Azmi berkata dia redha dengan segala ketentuan terhadapnya.

View this post on Instagram

A post shared by Azmi Saat (@azmi_saat)

“Mohon tolong doakan Afnan. Afnan tak sihat. Kami sedang diuji.
“Allah mudahkan urusan kami waktu proses mengandung tapi sekarang Allah nak uji kami.

“Allah mudahkan proses bersalin tapi sekarang Allah nak uji kami.
“Allah letakkan rasa teruja dalam hati kami tapi sekarang Allah nak uji kami.
“Itulah Allah pemilik sekalian alam. Dia yang maha merancang dan maha mengetahui segalanya.
“Mungkin ada antara kalian yang Allah makbulkan doanya. Tolong doakan moga Afnan sihat dan Allah berikan yang terbaik buat kami.
“Apa pun yang berlaku, kami redha dengan ketentuan takdirNya,” kongsi Azmi dalam hantaran terdahulu

Sebagai, info, Azmi dan isterinya, Nazirah Muhammad menyambut kelahiran cahaya mata lelaki seberat 3.3 kilogram pada 27 September lalu. Selepas 10 tahun penantian, bayi itu berjaya dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta selepas 10 tahun penantian. Pasangan ini yang tergolong dalam golongan orang kurang upaya penglihatan telah mendirikan rumah tangga pada 2011.

Anak Azmi Saatazmi saat
https://lomp.at/d1qho
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Achey Kongsi Gelagat Tiara Sahur, Netizen Terhibur!-“Tiba-Tiba Tambah Nasi..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelawak, Achey mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen sahur bersama anak perempuannya, Tiara Zinnirah Nasir di media sosial. Kongsi Momen...

Read moreDetails
Foto - Goyang Raya 1119 (Triple1nine)
Lokal

Kumpulan 1119 Rai Pelbagai Budaya Di Malaysia Dengan ‘Goyang Raya’

by Nurul A.
March 14, 2026

Tahun 2026 membuka tirainya dengan penuh kemeriahan. Suku pertama tahun ini menyaksikan keunikan budaya Malaysia apabila sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Foto - @therealmiasara (IG)
Lokal

Niat Baik Disalah Tafsir, Mia Sara Hadapi Anxiety Sehingga Cederakan Diri

by Nurul A.
January 30, 2026

Nampaknya konflik antara pelakon Mia Sara Nasuha dan Puteri Balqis Ashikin tak berpenghujung. Dan kali ini, MIa menjadi tumpuan ramai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara