Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anak Dah Baligh Pilih Tanggal Hijab, Datuk Nora Ariffin Tenang Jawab Kecaman Netizen

by Puteri Alia
October 1, 2025
Share on Facebook

Anak perempuannya, Dahlia dikecam selepas tampil tanpa hijab, penyanyi Datuk Nora Ariffin memilih untuk bersikap tenang dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 52, mengakui situasi itu merupakan ujian yang perlu ditempuh sebagai seorang ibu dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik buat anaknya agar terus dilorongkan ke jalan yang benar.

“Nombor satu kami memang kurang baca komen, kalau baca pun sikit-sikit saja. Apa-apa pun sebagai seorang ibu, semua orang ada anak dan akan diuji. Saya mohon doa dan minta yang baik-baik. Sebagai ibu saya selalu berkomunikasi dan nasihat dengan cara baik. Bagi saya benda ini sekejap saja, orang muda kan,” katanya.

Pelantun lagu Hanya Satu itu menegaskan bahawa Dahlia yang kini berusia 21 tahun sudah matang untuk menentukan pilihannya sendiri, namun tetap percaya anaknya akan kembali sedar suatu hari nanti.

“Dia dah baligh, tahu apa yang baik atau tak. Kita cuma nasihat dan keputusan semua pada dia. Tapi saya yakin sebagai anak yang ada ilmu agama, satu masa nanti dia akan nampak sendiri jalan. Kita doa saja, anak-anak begitulah,” ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai keadaan anaknya, Nora menambah bahawa hubungan mereka sekeluarga baik-baik sahaja tanpa sebarang masalah.

“Kami baik-baik sahaja, alhamdulillah selalu berhubung dan semuanya okey. Kita faham situasi dan dia pun tiada masalah sangat,” katanya.

Terdahulu, Dahlia hadir ke Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) dengan penampilan berbeza apabila memilih untuk tidak lagi berhijab selepas 15 tahun mengenakan tudung. Menurutnya, keputusan tersebut diambil bagi memulakan perjalanan baharu dalam mengenali dan memahami agama dengan lebih mendalam. Keputusan itu turut mendapat sokongan penuh keluarga termasuk ibunya, Nora dan abangnya.

“Kuasa Talak Bukan Pada Saya” – Nora Ariffin Nekad Keluar Dari Lingkaran Toksik Walau Suami Enggan Lepaskan

Untuk rekod, Dahlia merupakan anak kepada Nora dan komposer tersohor Allahyarham Johan Nawawi. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1992 sebelum Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

nora ariffin
https://lomp.at/93gw6
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Betty Banafe Kesal Bekas Suami Buat Laporan Palsu Dakwa Dera Anak-“Cukup-Cukup Laa..”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Pelakon, Betty Banafe meluahkan rasa kesal terhadap bekas suaminya yang membuat laporan palsu yang mendakwa dia dan pembantu mendera anak-anak...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara