Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

by Naddy Joe
July 24, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dia bersama kedua-dua anaknya, Nur Aurora dan Muhammad.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Diana di TikTok, memaparkan mereka bertiga yang lengkap berpakaian senaman sedang menari bersama diiringi mashup song bahasa Jepun.

@diana.danielle

Hiii 😂

♬ original sound – ★ 𝚃’𝙽’𝙰 ★

“Peh Helok Semua Anak Dia..”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terpegun melihat wajah Muhammad dan Aurora yang sangat kacak dan cantik biarpun masih kanak-kanak, malah ada yang turut menyangka mereka adalah ‘mat salleh’.

“Handsome betul, tak sabar nak tunggu dia besar lagi.”

“Yang abang tu kuat beno gen mat sallehnya 😍😍.”

“Peh helok semua anak dia 😭❤️.”

“Weyh aku ingat account orang luar negara mana tadi sekali ..Diorang keturunan mat salleh ke 😭.”

“Cek Mat ikut muka ayah dia campur separuh gen mak dia jadi lah abah dia versi mat salleh.”

“Nasib baca username, kalau tak aku masih lagi fikir kenapa budak Inggeris ni nampak macam Farid Kamil.”

“Anak-anak dia memang serap habis gen catik/ handsome kedua-dua ibu bapa mereka ya.”

“Gen maknya kuat betul, turun pulak ke anak, haihh i is jealous. Aku beranak tapi anak semua ikut muka bapak.”

“Aku ingat mat salleh mana tadi helok betul.”

Sekadar info, Farid Kamil dan Diana Danielle pernah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Namun, mereka berdua membuat keputusan untuk berpisah buat kali kedua pada 24 Mac 2025 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebelum ini, mereka pernah bercerai pada 10 Ogos 2023 dan memilih untuk kembali rujuk selepas 21 hari berpisah.

Apa komen anda?

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-"Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin.."
diana daniellemuhammadnur aurora
https://lomp.at/2w7ha
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
Lokal

Mia Sara Kesal Dengan Sikap Netizen Yang Masih Mengecamnya Isu Dengan Puteri Balqis-“Seronok Kumpul Dosa..”

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pelakon, Mia Sara meluahkan rasa kesal terhadap segelintir netizen yang melemparkan kata-kata makian selepas dia memberikan penjelasan berhubung konflik melibatkan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Foto - @lucintaluna12 (TikTok)
Indonesia

Nekad Berubah & Kembali Ke Fitrah Asal, Lucinta Luna Minta Sokongan Ramai

by Nurul A.
March 25, 2026

Baru-baru ini orang ramai dikejutkan dengan transformasi terkini selebriti Lucinta Luna. Setelah bertahun-tahun dikenali dengan imej feminin, Lucinta atau nama...

Read moreDetails
Berita

Amyza Aznan Kongsi Keadaan Anak Kedua Disahkan Hidap Kanser Tulang

by Naddy Joe
February 19, 2026

Ujian menimpa pelakon, Amyza Aznan apabila anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang. Kongsi Amyza di Instagram, dia mendapat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara