Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Anak Ekzema Kronik, Shahril BERSYUKUR Nedim & Nora Taja Kos Rawatan

by Ayden Mikhael
May 5, 2018
Share on Facebook

Masih ingat kisah adik Nur Adriana Maisarah Bt. Mohd Shahril, 5 bulan, yang viral baru-baru ini akibat ekzema kronik yang dialami oleh bayo comel itu? Ramai yang merasakan sayu dan kasihan ketika menatap wajah bayi comel itu yang menghidap ekzema yang sangat kronik. Kulit wajah Maisarah yang kemerah-merahan serta berkuping kini semakin pulih. Bagi ibu bapa Maisarah, Mohd Shahril Bin Adzman serta isteri, Liza Bt Omar, pada mulanya mereka buntu dan sedih kerana meratap nasib yang menimpa anak mereka itu. Menurut Shahril, beliau tidak menyangka kisah anaknya itu menjadi viral di Facebook dan mendapat perhatian daripada Nedim Nazri yang juga suami kepada aktres cantik, Nora Danish.

“Alhamdulillah selepas dapat rawatan pertama kulit anak saya 60 peratus sudah baik. Pada mulanya rasa bimbang pada usia dia empat bulan kulitnya mula tumbuh biji kemerah-merahan.

“Lama-kelamaan dia pecah dan merebak ke seluruh badan serta muka. Saya pergi beberapa hospital tapi ubat tidak sesuai,” ujarnya kepada mStar Online.

Beliau memuat naik gambar Maisarah di laman sosial Facebook baru-baru ini hanya bertujuan meminta doa rakan-rakan Facebook atas penyakit anak beliau, Maisarah. Tetapi beliau terkejut kerana apabila Nedim tiba-tiba Direct Message dan meminta nombor telefon beliau. Selang beberapa minit kemudian, Nedim menelefon dan menyatakan hasrat untuk membantu Maisarah dan ketika itu Nedim sekeluarga sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Kemudian Shahril bertemu dengan Nedim untuk kali pertama pada 11 April yang lalu di salah sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

“Pada mulanya macam tidak percaya tapi selepas Nedim betul-betul ingin membantu saya rasa dia ikhlas dan setuju untuk bertemu di pusat perubatan itu.

“Anak saya dapat rawatan pertama di sana dan doktor beri ubat. Insyallah ada rawatan susulan untuk melihat kesan ubat tersebut sesuai atau tidak,” ujarnya LAGI.

Shahril juga mengharap agar dapat bertemu sekali lagi dengan Nedim dan juga Nora untuk mengucapkan terima kasih terhadap keikhlasan pertolongan yang pasangan tersebut berikan.

“Saya tidak tahu nak balas bagaimana jasa mereka, saya harap ada kesempatan untuk bertemu mereka sekali lagi suatu hari nanti,” ujarnya.

Sungguh murni niat pasangan Nedim serta Nora Danish. murai.my mendoakan kesejahteraan kepada seluruh ahli keluarga pasangan ini dan hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas kemuliaan pasangan ini, aamiin!

Nora Danish Buka Kisah Cinta Baru, Tapi Risau Ada Orang Tersinggung!

Sumber : Mstar

nedim nazrinora danish
https://lomp.at/4zr23
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

Elyana Berang Wajah Anak Angkat Diejek Netizen!-“Kenapa Korang Biadab Sangat?..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan penyanyi, Elyana meluahkan rasa berang terhadap tindakan salah seorang netizen yang bersikap biadap dengan mengutuk wajah anak angkatnya,...

Read moreDetails
Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] “Tenanglah Di Sana Abangku…”-Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 27, 2026

Anak kedua pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam mencetuskan rasa sebak netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara