Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Dia Cakap Nak Jadi Chef” – Anak Minat Memasak, Teruskan Legasi Fazley Yaakob

Menurut Fazley, dia enggan memaksa minat atau menetapkan hala tuju keempat-empat anaknya

by Khai Azfar
November 19, 2021
Share on Facebook

Selebriti verstail, Dato Fazley Yaakob akui berasa gembira kerana anak sulungnya telah menunjukkan minat dalam bidang masakan mewarisi minat dan legasi yang diusahakannya selama ini.

Mula Tunjuk Minat Sejak Kecil 

Menurut Fazley, dia enggan memaksa minat atau menetapkan hala tuju keempat-empat anaknya namun tidak menyangka Ahmad Fariedz Shah atau lebih mesra dikalangan keluarga sebagai Payish ingin menjadi seorang chef. Dedah Fazley yang popular dengan lagu Asmara ini, anaknya itu mula menunjukkan minat sejak kecil lagi malah sering memasak di rumah mereka.

“Anak-anak ini saya tak dorongkan mereka untuk minat apa yang mereka nak. Saya beri kebebasan apa yang mereka ingin lakukan. Tetapi anak sulung saya ini memang tidak dinafikan yang minat dia dalam bidang masakan sangat ketara sejak umur 7-8 tahun lagi. Jadi bila dia dah mula menjengah ke alam remaja dan berumur 13 tahun, saya tanya dia apa yang dia nak buat nanti

“Jawapan pertama yang dia cakap dekat saya, dia cakap nak jadi chef. Saya kata “Okaylah kalau nak jadi chef kena start dari awal”. Dia pun dah ada bisnes nasi lemak Payish dan dekat dapur rumah ada sahaja benda yang dia akan masak. Saya cuba nak bagi dia peluang untuk berjumpa dengan umum”

“Sejujurnya masa dia umur 2-3 tahun itu saya dah mula perasan. Bayangkan kalau saya bagi mainan, mainan yang macam masakan itu yang dia pegang. Dia tak pegang game atau kereta sekali pun, tapi dia mesti pegang sudip atau pisau mainan masa kecil. Saya rasa apa yang dia tengok masa kecil, itu yang menjadi amalan dia dan sekarang dia memang benda itu” kata Fazley kepada Murai.my

Mahu Anak-Anak Cemerlang 

Meskipun memberi kebebasan, namun Fazley berkata anak-anaknya perlu mendapat keputusan cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi.

“Pengenalan awal kepada dunia masakan itu perlu sebab saya pun dididik awal. Masa umur saya 4 atau 5 tahun, saya dah bantu ibu dan nenek saya. Jadi ini adalah peluang untuk saya didik generasi baru pula.

“Saya tidak akan menghalang cuma syarat saya pada anak-anak saya, Bidang apa sekali pun dia mereka ceburi perlu mendapatkan sijil ijazah pertama tidak kira bidang masakan atau pun tidak” katanya lagi

Fazley Dilantik Sebagai Duta AYA Real Foods 

Fazley ditemui Murai.my pada petang Selasa (16 November 2021) di Suka Sucre Bistro, Hartamas Kuala Lumpur bersempena dengan pelantikannya sebagai duta AYA Real Foods. Jenama sos dan sambal sedia untuk dimasak dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi ini memilih Fazley sebagai duta adalah kerana figura ini sering berkongsi prinsip dan idealogi yang sama dengannya dari segi makanan dan dikenali sebagai seorang yang serba boleh, berkarisama dan individu yang dinamik.

Menjadi duta jenama AYA selama dua bulan, Fazley akan mempromosikan produk AYA bukan sahaja di restoran nya tetapi juga melalui saluran sosial media. Beberapa sesi “live” di sosial media akan berlangsung dan pelbagai aktiviti juga akan diadakan.

S

https://lomp.at/h6lrn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Foto - weechuanchin (FB)
Lokal

[VIDEO] “Harap Semua Faham, Kita Hormat Agama Islam”- Abe Wee

by Nurul A.
February 24, 2026

Tak dinafikan apabila tiba sahaja bulan Ramadan, kita berpeluang melihat penganut agama lain mencuba untuk berpuasa, termasuklah pempengaruh media sosial,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara