Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Lebih Berhati-Hati Jika Orang Luar Mahu Mencium, Anak Ryan Bakery Dimasukkan Ke Hospital Akibat Jangkitan Kuman

by Aphit J.
July 21, 2024
Share on Facebook

Anak lelaki kepada personaliti media sosial, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta akibat jangkitan kuman dalam darah.

Ryan berkata, anaknya sudah mengalami demam panas sejak Selasa yang lalu.

Anak Sudah Mula Kurang Aktif

Menurut majalah Pa&Ma, Ryan mula menyedari mengenai keadaan anaknya yang kurang aktif disebabkan oleh demam, batuk dan selesema.

Selasa lalu saya dah perasan dia kurang aktif kerana demam, batuk dan selsema. Jadi saya terus membawanya ke hospital.

Namun doktor beritahu sekiranya demam masih tidak baik, anak saya perlu dibawa ke hospital semula untuk menerima rawatan lanjut.

Mulanya demamnya sudah mula baik namun tiba-tiba makin teruk termasuk batuk dan kahak.

Setelah melihat keadaan anaknya itu, Ryan terus bergegas membawa anaknya ke hospital.

Dijangkiti Kuman

via Instagram Ryan Bakery

Menurut Ryan, doktor mengesahkan bahawa darah anaknya dijangkiti kuman dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesembuhan anak lelakinya itu.

Doakan semoga anak saya diberi kesembuhan. Disebabkan darahnya dijangkiti kuman jadi doktor akan beri antibiotik.

Malah Ryan turut menyatakan bahawa kejadian ini telah menyebabkan dia lebih berhati-hati sekiranya orang luar mahu mencium anaknya.

Apa yang berlaku ini akan membuatkan saya lebih berhati-hati, lebih-lebih lagi ketika orang luar mahu menciumnya. Tapi apapun saya anggap ini ujian untuk saya sekeluarga, benda nak berlaku.

Sekadar rekod, Ryan mendirikan rumah tangga dengan Elyia Ibrahim pada 1 Oktober 2022 dan dikurniakan anak lelaki pada 30 Disember tahun lalu.

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam 'Raya Yay Yay'
ryan bakery
https://lomp.at/1wkbw
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara