Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

by Aphit J.
October 4, 2025
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam satu perkongsian video di InstaStory, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan satu detik mengejutkan yang melibatkan anak keduanya, Muhammad Afwa.

Afwa Tiba-Tiba Takut Ketika Bermain

@sitizoner

#fyp

♬ bunyi asal – Sitizoner – Sitizoner

Video yang telah di ‘screen recording’ dan dimuat naik semula melalui akaun Tiktok Sitizoner, menunjukkan Afwa yang ketika itu sedang leka bermain dengan topeng watak adiwira Ant-Man, tiba-tiba menjadi senyap dan kelihatan ketakutan.

Pandangan matanya seperti sedang melihat sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh orang lain, lalu dia terus berlari mendapatkan ibunya sambil berkata, “Takut.”

Siti Cuba Menenangkan

via Instagram Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza yang terkejut dengan reaksi spontan anaknya cuba menenangkan Afwa.

Ketika ditanya apa yang didengarnya, Afwa seolah-olah tidak dapat menjelaskan dengan tepat tetapi jelas menunjukkan rasa cemas.

Dengar apa? Dah Maghrib, macam itulah.

Dalam perbualan tersebut Siti seolah-olah merujuk kepada waktu yang sering dikaitkan dengan gangguan mistik dalam kepercayaan masyarakat.

Malah beliau turut berkongsi bahawa Afwa memang seorang yang ‘senang rasa sesuatu’, menandakan mungkin anak kecil itu mempunyai kepekaan luar biasa terhadap persekitarannya.

Netizen Pun ‘Seram Sejuk’ Lepas Tengok Video Itu

via Instagram Siti Nurhaliza

Perkongsian itu bukan sahaja menarik perhatian ramai, tetapi juga membuatkan ramai netizen berasa seram dan tidak senang duduk.

Rata-rata pengikut Siti mengakui mereka turut rasa ‘lain macam’ selepas melihat reaksi jujur Afwa yang takut secara tiba-tiba.

Bukan itu sahaja, diruangan komen juga ada yang meminta supaya mendengar kembali video tersebut menggunakan ‘headphone’ dan seolah-olah terdengar suara yang memanggil nama Afwa.

Ada juga yang mengingatkan supaya lebih berhati-hati terutamanya ketika masuk waktu senja kerana waktu tersebut sering dikaitkan dengan perkara ghaib.

Walaupun insiden itu mungkin kelihatan kecil, ia tetap membuatkan ramai berfikir tentang naluri dan kepekaan kanak-kanak yang kadangkala dapat merasai sesuatu di luar jangkauan orang dewasa.

Apa pun, yang penting Afwa kini berada dalam keadaan baik dan selamat bersama ibunya.

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI
Afwasiti nurhaliza
https://lomp.at/fxirv
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

VIDEO Fouziah Gous & Keluarga Beraya Dengan Zahid Hamidi Curi Perhatian Peminat, – “Cantiknya Rumah”

by Zaidin Albert
April 9, 2026

MURAI tertarik dengan satu perkongsian video yang kini tular di TikTok, dimuat naik oleh pelakon dan usahawan terkenal, Fouziah Gous....

Read moreDetails
Lokal

Namron Tampil Pertahan Que Haidar-“Dia Cuba Dirampas Semula Dari Kami…”

by Naddy Joe
April 7, 2026

Pelakon senior, Namron tampil mempertahankan aktor, Que Haidar agar tidak lagi menghilang daripada industri seni. Namron atau nama sebenarnya Shahili...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Spotlight

“Nampak Macam Abang Muda, Rupanya 59 Tahun”- Rahsia ‘Atuk’ Ini Buat Ramai Terkejut

by Phic ARMAN
February 24, 2026

Kalau MURAI tak tengok sendiri, memang susah nak percaya. Siapa sangka lelaki berusia 59 tahun ini masih nampak seperti model...

Read moreDetails
Video -@syedsaddiq (IG/ Threads)
Lokal

“Tu Hantaran Ke Hiasan”- Netizen Makin ‘Excited’, Video Raya Syed Saddiq Jadi ‘Clue’

by Nurul A.
March 24, 2026

Nampaknya perkongsian video Raya Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi beberapa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara