Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anak Sulung Siti Sarah Luah Rindu Bau Ibu, Sakit Rindu Pada Yang Dah Tiada Tak Semua Mampu Tanggung!

by Puteri Alia
March 29, 2023
Share on Facebook

Saat Allah menguji dengan kehilangan orang yang kita sayang, sakitnya dikatakan lebih terasa dari sepasang kekasih memutuskan percintaan walaupun dah bertahun bersama.

Kehilangan yang selalu di sisi, di hati serta di jiwa ini pasti meruntun hati setiap yang bergelar manusia. Namun barang yang dicipta oleh manusia itupun ada tarikh luput inikan seorang manusia.

Bila mana tarikh terakhir sebagai musafir di dunia maka, Allah boleh mengambil apa yang dipinjamkanNya semula pada bila-bila masa.

Kehilangan ibarat dentuman halilintar yang memecah gunung ganang. Ia perit! Peritnya bagai dihiris-hiris hanya yang mengalaminya amat merasai.

Namun, ingatan itu mampu membuat kita selalu berdoa dari jauh kerana dia selalu ada dalam jalur masa hidup kita. Kita selalu memiliki sebuah perasaan bernama rindu. Rindu itu fitrah pada setiap manusia.

Tentu saja manusia yang ada perasaan akan memahami bahawa rindu adalah sangat indah untuk dimiliki.

Berbahas soal itu, pemergian penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos 2021 sememangnya meninggalkan duka kepada para peminat serta sebahagian besar rakyat Malaysia.

Paling terasa sudah tentu ahli keluarga dan juga anak-anak yang masih kecil memandangkan pemergiannya tidak bersama orang tersayang kerana ditahan di wad selepas dijangkiti wabak pandemik.

Perkongsian terbaru di akaun Instagram allahyarham sudah tentu mengundang sebak ramai apabila anak sulungnya, Uwais Al Qarni bercerita kenangan bersama ibu tercinta berkaitan bau haruman yang sangat disukai arwah.

Uwais bercerita bahawa ibunya telah membeli haruman tersebut sambil menunjukkan botol ‘perfume’ yang masih mempunyai isi di dalamnya milik allahyarham Siti Sarah.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang kebanyakkannya berasa sebak melihat air muka anak kepada penyanyi terkenal itu yang sepertinya merindukan allahyarham ibunya.

Watie Jelaskan Isu Talita: “Cuma Salah Faham, Bukan Biadab”

Ada di antara mereka mengakui sebak dengan cerita yang disampaikan Uwais lebih-lebih lagi tiada setitis air mata pun gugur sewaktu berkongsi kisah bahagia bersama ibu tersayang.

Bukan mudah untuk anak seusia ini menghadapi kehilangan seorang ibu, hilangnya tempat bergantung selama ini, ianya seakan melayari bahtera kehidupan tanpa nakhoda. Permata yang kita selalu sanjungi telah hilang sekelip mata.

Semoga anak kepada pasangan selebriti Siti Sarah dan Shuib ini dikurniakan kecekalan hati serta terus menjadi anak yang soleh!

shuibsiti sarah
https://lomp.at/xelj2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
Foto - @fikri.madyiii (Threads)
Lokal

Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

by Nurul A.
March 26, 2026

Seorang individu, yang dikenali dengan nama Ahmad Fikri telah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi bahawa dirinya menjadi rakan sekelas kepada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara