Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Anda Peminat Filem Perancis? Kini ‘The French Festival”Kembali

by Phic ARMAN
May 20, 2022
Share on Facebook

Alliance Française di Malaysia kembali ke persada budaya dengan program yang dinanti-nantikan iaitu Le French Film Festival 2022 (LFFF22)!

View this post on Instagram

A post shared by Le French Festival Malaysia (@lefrenchfestival_my)

Bermula dari bulan Jun hingga Julai, LFFF22 akan memberikan anda satu pengalaman yang mengasyikkan melalui pelbagai acara menarik yang akan mengetengahkan filem-filem Perancis yang memenangi anugerah, aktiviti gastronomi yang menyelerakan, disamping memberikan pendedahan kepada budaya Perancis yang mempersonakan dan banyak lagi.

Sejak dua tahun menyepi, LFFF22 ini akan menjangkau lebih puluhan ribu peminat dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. Festival ini sesuai kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan berkeluarga dan kanak-kanak, peminat-peminat Perancis, penggemar filem dan juga penggemar makanan. Semestinya Festival ini akan meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan kepada semua.

Edisi tahun ini dengan bangganya dianjurkan oleh Alliance Française Malaysia di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta Kedutaan Perancis di Malaysia, dengan sokongan dari dua Penaja Emas utama, Cartier dan Martell, dan tidak lupa dengan sokongan kerjasama selama bertahun-tahun oleh Golden Screen Cinemas (GSC) yang turut mengalu-alukan kemunculan semula French Film Festival tahun ini.

Kemunculan LFFF22 kali ini akan menayangkan 21 Filem Perancis yang telah memenangi anugerah. Para penonton akan disajikan dengan filem-filem yang menyentuh hati sehingga mengundang air mata, selain adegan-adegan lucu sehingga membuatkan anda tertawa!

Selain itu, buat pertama kalinya, LFFF22 kali ini menyediakan program interaktif khas buat si cilik, iaitu “Le Petit Festival”, dimana kanak-kanak (dan juga orang dewasa!) boleh menikmati barisan filem yang menarik agar mereka tidak terkecuali dalam festival ini.

Antara keistimewaan festival tahun ini termasuklah tayangan filem dalam talian hasil kerjasama pertama kali dengan platform penstriman MUBI, dimana 10 filem Perancis yang bertemakan “Bewitching Outsiders” akan dipilih untuk tayangan.

Dari filem Nouvelle Vague ke pawagam kontemporari, penggemar filem serata Malaysia dapat menonton filem art-house Perancis dengan akses percubaan percuma selama 30 hari di MUBI!

Rakyat Malaysia juga boleh menantikan pelbagai acara lain yang melibatkan seni persembahan dan visual, muzik, gastronomi dan banyak lagi. Antara program dan hiburan dari negara Perancis yang bakal ditampilkan sepanjang LFFF 2022 termasuklah:

● French Film Festival terbesar di Malaysia dengan 21 filem Perancis terkini yang memenangi anugerah (dengan sari kata Bahasa Inggeris), dengan penampilan filem bertajuk “Aline”, biopik lucu dan mencuit hati yang mengisahkan penyanyi terkenal dunia Céline Dion, hasil lakonan dan arahan pelakon Perancis, Valérie Lemercier
● Program terbaharu yang direka khas untuk si kecil, Le Petit Festival
● “Les Arts de la Table”, “Élans Radieux” dan “Le Corbusier” – tiga pameran eksklusif yang memberikan inspirasi, melalui hasil estetika luar biasa dan rekaan yang terbaik
● Bengkel dan acara berkaitan gastronomi
● La Fête de la musique – program muzik sepanjang malam untuk semua citarasa dan penggemar muzik dalam suasana yang menyeronokkan
● “Solstice Lunaire” – konsert luar biasa yang menyentuh pelbagai deria yang menghimpunkan tiga negara dan benua: Malaysia, Perancis dan Columbia
● Persembahan Electro Acoustic Latin Jazzy House yang dibawakan oleh No Black Tie – dipersembahan oleh trio yang akan menghidupkan kembali old school jazz funk disco secara luar biasa.

● Kuala Lumpur​: 9 Jun – 26 Jun
● Pulau Pinang​: 30 Jun – 10 Julai
● Johor Bahru​: 7 Julai – 10 Julai
● Kota Kinabalu​: 14 Julai – 17 Julai

Le French Film Festival 2022 berjaya dilangsungkan hasil sokongan Penaja Emas, Cartier and Martell, dan rakan usahasama Golden Screen Cinemas, serta penaja dan rakan kongsi lain.

YouTube video

Bagi yang ingin menonton mana-mana filem dari LFFF22, anda boleh mendapatkan tiket wayang mulai Khamis 2 Jun melalui aplikasi GSC, https://www.gsc.com.my atau melalui e-kiosk di pawagam GSC yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.lefrenchfestival.com.my atau laman Facebook facebook.com/lefrenchfestivalmy

https://lomp.at/7hxta
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Brooklyn Peltz Beckham Pilih Tidak Mahu Berdamai Dengan Ibu Bapa

by Nurul A.
January 20, 2026

Selepas mendiamkan diri beberapa tahun, anak sulung Victoria Beckham dan David Beckham, iaitu Brooklyn Peltz Beckham berkata dia tidak mahu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara