Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Angeline Tan Bercakap Tentanng Solat Sejak Peluk Islam

by Puteri Alia
October 1, 2025
Share on Facebook

Dua tahun bergelar mualaf, pelakon Angeline Tan yang kini dikenali dengan nama Islamnya Ardini Angeline Tan, mengakui hidupnya semakin dipenuhi rasa syukur kerana dikelilingi orang-orang baik yang sentiasa menguatkan imannya untuk menjadi Muslimah sejati. Baginya, menjaga ibadah khususnya solat lima waktu adalah perkara paling utama dalam kehidupannya kini.

“Mula-mula dulu memang susah, sebab tak biasa. Tapi sekarang, dah biasa jaga solat. Macam sekarang saya berada di Kuala Lumpur, nanti balik rumah dan kalau tak sempat, saya akan jamakkan di Kelantan. Insya-Allah, sampai ke hari ini, saya tak pernah tinggal solat sebab saya tak nak sia-siakan satu permulaan yang bagus,” katanya yang kini menetap di Kelantan.

Figura popular yang pernah mencuit hati penonton melalui sitkom legenda Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu percaya bahawa kekuatan hatinya untuk sentiasa menjaga solat adalah anugerah Allah SWT. Bagi Angeline, solat adalah tiang agama yang tidak boleh dipandang remeh.

“Saya kena betul-betul nekad ikut peraturan dan segala bimbingan. Saya dah tanamkan dalam hati, andai sekali tinggalkan solat, akan ada yang kedua dan berikutnya. Kalau kita tak pernah tinggal solat, disiplin itu memang sudah ada dan kita akan fikir solat itu ibarat ‘homework’ yang perlu disiapkan,” ujarnya selepas sidang media siri drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet.

Biarpun ramai yang menjadikannya inspirasi dalam mendalami agama, Angeline dengan rendah hati mengakui dirinya masih jauh daripada sempurna.

“Ilmu agama saya masih terlalu cetek. Saya masih belajar mengaji dan berguru untuk kenal Islam lebih mendalam. Apa yang saya kongsi itu hanyalah perkongsian peribadi. Kalau orang dapat kebaikan daripada apa yang saya kongsikan, alhamdulillah. Itu semua atas izin Allah,” katanya.

Baru-baru ini, Angeline, 58, menerima penghormatan apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1447H/2025M bagi kategori Saudara Baru Cemerlang (Mualaf).

Untuk rekod, beliau memeluk Islam pada September 2023 sebelum melangsungkan perkahwinan dengan pelakon dan pengarah, Sabri Yunus sebulan kemudian.

angeline tan
https://lomp.at/p9fkr
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
Foto - @jennierubyjane (IG)
Lokal

Gara-Gara Foto Ini, BLACKPINK Jennie Jadi Mangsa Ped*filia

by Nurul A.
February 21, 2026

Imej baharu BLACKPINK Jennie telah menimbulkan reaksi negatif dalam pengguna media sosial. Untuk makluman, isu tersebut muncul selepas Jennie mengadakan...

Read moreDetails
Lokal

Zarina Anjoulie Bersuara Isu Sarah Yasmine, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Anju Better You Diam Je..”

by Naddy Joe
April 8, 2026

Pelakon, Zarina Anjoulie tampil bersuara selepas pempengaruh media sosial, Sarah Yasmine yang mendapat kecaman netizen di media sosial mengenai isu...

Read moreDetails
Spotlight

“Jadi Bodoh Lebaran?- Kamal Adli Curi Perhatian, Beraya Dalam Suasana Berbeza Tahun Ini

by Phic ARMAN
March 22, 2026

Nama pelakon popular Kamal Adli sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi luahan jujur dan bersahaja mengenai sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara