Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anna Jobling Tepis Dakwaan Sombong – “Kalau Jumpa Saya, Tegurlah”

by Puteri Alia
November 8, 2025
Share on Facebook

Pelakon muda, Anna Jobling, tampil menafikan dakwaan kononnya dirinya berubah dan bersikap sombong selepas popularitinya meningkat di negara seberang. Anna atau nama penuhnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, menjelaskan tanggapan itu timbul akibat salah faham terhadap ekspresi wajahnya, sedangkan dia sebenarnya seorang yang mesra dan tidak pernah meninggi diri.

“Mereka kata saya ada ‘muka hantu’, tapi saya anggap itu pujian. Kadang-kadang bila saya tak senyum, orang fikir saya sombong. Tapi sebenarnya tidak, mungkin sebab ekspresi muka saya saja. Kalau jumpa saya, tegurlah, saya okey saja. Mungkin ada salah faham sedikit, tapi saya memang sayang peminat saya dan semua orang, tegur je, saya tak sombong,” ujarnya.

Selain menangkis tanggapan negatif, Anna turut berkongsi perkembangan kerjayanya yang kini semakin padat selepas menerima pelbagai tawaran lakonan. Dia mengakui terpaksa menangguhkan waktu rehat demi menghargai setiap peluang yang datang.

Foto – @annajobling (IG)

“Kadang-kadang selepas habis satu naskhah, kononnya nak berehat, tapi tiba-tiba datang tawaran baharu yang menarik. Rasa sayang nak lepaskan, jadi rehat pun tangguh dulu. Saya masih muda, ada tenaga, jadi ambil saja kerja,” jelasnya.

Biarpun mengakui adakalanya berasa penat, Anna tetap melihat semua rezeki yang diterima sebagai satu tanggungjawab dan amanah yang perlu dilakukan sebaik mungkin.

“Pernah juga terbawa emosi di luar set sebab terlalu letih, tapi saya ingatkan diri, walau penat macam mana pun tetap kena bersyukur. Ada juga orang cakap kenapa saya dapat ini, kenapa muka saya saja, tapi bagi saya itu semua rezeki masing-masing. Saya tak pernah rasa iri hati dengan orang lain sebab saya percaya rezeki saya takkan ke mana,” luahnya lagi.

Tular baru-baru ini di media sosial apabila segelintir peminat mendakwa bekas peserta Dewi Remaja itu tidak lagi ramah dan tidak membalas sapaan peminat ketika bertemu di kawasan publik. Anna bagaimanapun menegaskan bahawa semua itu hanyalah salah faham dan berharap peminat dapat mengenali dirinya yang sebenar, mesra dan rendah hati.

Ibu Dakwa Anna Jobling Failkan Injunksi, Sanggup Dipenjara & Dedah Insiden Tumbuk Cermin Kereta
via @dramasangat

Dengan jadual kerja yang padat dan populariti yang semakin meningkat, Anna membuktikan bahawa walaupun berada di puncak karier muda, sikap mesra dan hormat kepada peminat tetap menjadi keutamaan dalam perjalanan seninya.

Anna Jobling
https://lomp.at/0w1zs
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
Spotlight

“Memang Ada ‘Gila’ Sikit…”- Izzue Islam Mahu Video Muzik Raya Luar Biasa Sampai Orang Ingat

by Phic ARMAN
March 12, 2026

Setiap kali musim raya menjelma, memang tak sah kalau industri muzik tempatan tidak meriah dengan pelbagai lagu raya baharu. Tahun...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara