Pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri menitipkan rasa syukur apabila dia dilantik sebagai Pengerusi Hotel Premiera bermula sejak 2 Mac lalu.
Anne atau nama sebenar, Naszriah Ngasri menitipkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah kerana memberikan kepercayaan kepadanya untuk memikul amanah tersebut.
“JazakaAllah byk yg bermain dlm fikiran saya. Terharu dgn ucapan-ucapan dari semua….
Alhamdulillah Syukur di atas kepercayaan dan perhatian yg diberikan YAB TPM merangkap Menteri KKDW DS Ahmad Zahid Hamidi. @ahmadzahidhamidi
Saya menerimanya dengan penuh rasa syukur, namun saya juga sedar bahawa amanah ini bukan sesuatu yang ringan..”-tulis Anne di Instagram
Mohon Doa Orang Ramai
Dalam pada itu, Anne turut memohon doa orang ramai agar dia diberikan kekuatan untuk menjalankan amanah sebagai Pengerusi Hotel Premiera dengan sebaiknya.
“Ia hadir bersama tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, penuh keikhlasan dan integriti.
Saya memohon doa daripada semua , agar diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan ketenangan dalam menjalankan amanah ini.
Semoga setiap langkah ini sentiasa dalam rahmat dan petunjuk Allah SWT. 🤍.”-tambah Anne lagi
Rakan Selebriti & Netizen Beri Ucapan Tahniah
Di ruangan komen, rata-rata netizen serta rakan selebriti memberikan ucapan tahniah di atas pengumuman tersebut, malah ramai yang mendoakan agar pelakon ini kekal sukses dalam hidupnya.
“MashaAllah. Tahniah kak Anne.”-Memey Suhaiza
“Tahniah Cik Anne, kawan tumpang happy atas semua kejayaan demi kejayaan. Moga selalu dalam lindungan Allah. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.”
“Alhamdulillah, syukur dan tahniah.”
Sekadar info, Anne Ngasri mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sufi Harraz dan Nefa Naura.
Anne juga mempunyai tiga cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri, dan Nazharah Afrozah.






