Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Apa Hukum Wanita Dah Lama Kahwin Berinai? PU Syed Ada Jawapannya!

Pendakwah bebas ini mengulas isu hukum wanita memakai inai di tangan

by Puteri Alia
December 7, 2021
Foto - Pengantin Baru

Foto - Pengantin Baru

Share on Facebook

Memakai inai di tangan sangat digemari oleh kaum wanita, namun ramai wanita tertanya-tanya adakah berinai ini hanya boleh dipakai ketika majlis perkahwinan sahaja?

Bagaimana dengan wanita yang telah lama berkahwin, adakah mereka juga boleh memakainya dan jika memakai inai adalah sah air wuduk dan mandi hadas yang dilakukan?

Persoalan seperti ini sering bermain-main di benak fikiran kaum hawa, bukan apa ramai yang kurang arif dengan hukum berkaitan dengan isu seperti ini.

Pendakwah Jelas Hukum Wanita Berinai

Berdasarkan perkongsian pendakwah bebas terkenal Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri di Instagram nya, terdapat beberapa situasi dan hukum yang berlainan buat wanita yang ingin berinai.

Bagi wanita yang belum berkahwin, bakal berkahwin atau yang sudah lama mendirikan rumahtangga, ingin memerahkan jari tangan dan kaki mereka, hukumnya harus.

Namun jika wanita memakai inai di jari kaki, haram hukumnya jika kaum hawa menunjukkannya di hadapan lelaki bukan mahram. Manakala sunat hukumnya buat kaum isteri yang memakai inai kerana berhias untuk suaminya sahaja.

Foto – Instagram @pusyed_official

“HUKUM PEREMPUAN BERINAI SELEPAS KAHWIN

SOALAN:

Kebiasaannya pada hari perkahwinan pengantin perempuan dibenarkan memakai inai.

Soalan saya adakah hanya dibenarkan perempuan memakai inai pada ketika berkahwin sahaja dan yang sudah lama berkahwin adakah boleh memakainya?

Bagaimana jika hendak mengambil wuduk atau mandi wajib?

JAWAPAN:

Hukum memakai inai atau yang semisal dengannya untuk memerahkan jari tangan dan jari kaki bagi perempuan adalah harus, samada ketika berkahwin atau selepas berkahwin dan yang belum berkahwin.

Jika memakainya pada jari kaki maka haram ditunjukan kepada ajnabi tanpa khilaf. Dan sunat memakai inai oleh perempuan yang sudah berkahwin kerana berhias untuk suaminya.

Berkata Syeikh Sulaiman Jamal:

وأما خضاب اليدين والرجلين بالحناء فمستحب للمرأة المتزوجة وحرام على

الرجل ا ه

Artinya: “Dan ada pun memerahkan jari dua tangan dan dua kaki dengan inai maka hukumnya disunatkan bagi perempuan yang sudah berkahwin dan haram ia atas kaum lelaki.” (Kitab Hasyiah Al-Jamal)

Dan selain dari inai itu seperti pewarna kuku maka wajib ditanggalkan sebelum mengambil wuduk dan mandi hadas kerana air tidak dapat sampai ke atas kuku kerana terhalang oleh cat kuku tersebut menjadikan mandi hadas dan wuduknya tidak sah.

Ada pun inai maka sah berwuduk dan mandi hadas dengannya kerana tidak ada atas kuku itu jirim melainkan kesan warna inai sahaja.” Kongsi PU Syed

Bagi wanita yang sebelum ini berasa was-was ingin berinai, dah boleh borong inai merah lepas ni.

"Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed"- PU Syed
berinaihukumPU Syed
https://lomp.at/kl9m2
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Foto - @ayrie_7 (TikTok)
Lokal

[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif

by Nurul A.
January 14, 2026

Baru-baru ini pencipta kandungan, Danish Firdaus telah menuai kecaman ramai selepas memuat naik video kunjungannya ke sebuah perkampungan Orang Asli...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Lokal

Safiey Ilias Dakwa Beby Maembong Tak Beri Kerjasama Isu Tuntutan RM80 Juta?-“Jangan Sembang Pacai..”

by Naddy Joe
January 6, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias baru-baru ini dilihat memfailkan tuntutan saman terhadap kakak kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Beby Maembong...

Read moreDetails
Foto - @nubhan.ahamad (IG)
Lokal

“Ada Sebab Kenapa Tak Maklumkan Sebelum Pindah Barang”- Peguam Nubhan

by Nurul A.
December 30, 2025

Kemelut pasca perceraian antara penyanyi Ahmad Nubhan dan Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, atau mesra disapa sebagai Dr. Fie terus...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore