Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Apa Yang Kate Middleton Pakai Sampai Ada Yang Kata ‘Tiru’ Puteri Diana?

by Soph Azz
December 19, 2022
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Walaupun kedua-duanya tak pernah berjumpa, Puteri Diana dan Kate Middleton mempunyai banyak persamaan di antara mereka; salah satunya adalah berkahwin dengan ahli keluarga Windsor. 

Sama seperti mendiang ibu mertuanya, Kate memiliki citarasa yang tinggi dan unik apabila melibatkan fesyen. Apa yang Miss Murai boleh katakan, setiap gayanya nampak sama seperti Puteri Diana suatu ketika dulu.

Mengambil inspirasi daripada fesyen Puteri Diana, Kate dikatakan mencipta semula pakaian yang pernah dipakai oleh ibu mertuanya itu. Memberikan sentuhan yang lebih moden, selari dengan peredaran masa.

Jadi Miss Murai kongsikan dengan kamu beberapa pakaian Puteri Diana yang pernah Kate gayakan semula. Lihat di bawah…

Foto – Pinterest

Kate mengenakan blazer dan skirt ZARA dalam rona biru ketika melawat Scotland. Manakala Puteri Diana turut kenakan pakaian lebih kurang sama seperti Kate dalam rona yang sama ketika melawat Korea Selatan pada 1992.

Foto – Pinterest

Manis dalam gaun merah jambu, Puteri Diana mengenakan gaun ini ketika menghantar Putera Harry ke sekolah. Manakala Kate turut mengenakan gaun yang seakan sama semasa menghantar Puteri Charlotte ke sekolah.

Foto – Pinterest

Lebih kurang sama, Puteri Diana mengenakan strapless black gown dengan perincian ruffle. Manakala Kate pula mengenakan black velvet gown.

Foto – Pinterest

Puteri Diana dalam gaun merah dengan perincian bintik emas di tahun 1981, dan Kate pula memakai gaun halter berbintik merah-emas semasa Chakravarty Cup (2006).

Foto – Pinterest

Semasa melawat Liverpool, Puteri Diana mengenakan sut jingga yang dipakai bersama tali pinggang hitam. Kate turut mengenakan pakaian yang sama, tetapi dalam warna merah.

Foto – Pinterest

Semasa Trooping the Colour 1992, Puteri Diana mengenakan pakaian putih yang dipadankan bersama topi dengan lingkaran hitam. 30 tahun selepas itu, Kate turut mengenakan pakaian putih tetapi dipadankan dengan topi yang mempunyai hint biru.

Foto – Pinterest

Mengenakan gaun polka dot sama seperti ibu mertuanya, Kate turut melengkapkan gayanya dengan memakai anting-anting berlian dan mutiara milik Puteri Diana.

Kedua-duanya ada aura tersendiri! Pada pendapat kamu adakah Kate tiru ‘sebiji’ fesyen ibu mertuanya?

fashion kate middletonfashion princess dianafesyen puteri diana
https://lomp.at/d40l5
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - UNIQLO
Fesyen

Raya Bersama UNIQLO dengan Rekaan Sulaman Eksklusif Azreen Chan

by Nurul A.
March 8, 2026

Peruncit pakaian global UNIQLO memperkenalkan koleksi sulaman Raya edisi terhad dengan kerjasama ilustrator tempatan yang sedang meningkat naik, Azreen Chan....

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Fesyen

Bila Marriott Bonvoy Bertemu KHATAM, 5 Perkara Ini Buat Raya Lebih Bermakna

by Phic ARMAN
February 15, 2026

Musim Ramadan dan Raya kali ini nampaknya lebih istimewa apabila Marriott Bonvoy bergabung tenaga dengan label fesyen tempatan KHATAM menerusi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara