Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Tiada Bukti Klinikal Ivermectin Boleh Rawat Covid-19’- Jelas KKM

by Puteri Alia
July 29, 2021
Foto - BioSpace

Foto - BioSpace

Share on Facebook

Tular di media sosial yang mana terdapat desas-desus yang menyatakan ubat Ivermectin berupaya melawan virus maut Covid-19 ini.

Apatah lagi isu mengenai penggunaan ubat Ivemectin ini juga, menjadi topik hangat diperdebatkan di parlimen baru-baru ini.

KKM Jelas Tiada Bukti Klinikal Ivermectin Berkesan

Dipetik dari laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru ini, dimaklumkan bahawa buat masa ini hasil kajian tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa ubat Ivermectin itu benar-benar berkesan bagi melawan Covid-19.

Foto – Twitter KKM/Devex

“Setakat ini, hasil kajian klinikal tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa Ivermectin boleh merawat atau mencegah #COVID19

Hanya vaksin terbukti untuk mencegah COVID-19″ ciap KKM

Jangan Keliru Dengan Ivermectin, Ada Kesan Sampingan Yang Tidak Diketahui

Menteri Kesihatan Malaysia ada mengulas tentang ubat Ivermectin di Dewan Rakyat, tetapi malangnya ramai yang keliru dan salah faham sebab mengapa kementerian memberi kelulusan menggunakan ubat tersebut.

Apatah lagi, Dato Sri Dr. Adham Baba juga ada menyatakan ubat berkenaan juga mempunyai kesan sampingan yang tidak diketahui ramai.

Foto – Twitter KKM/Esquire

“Kita telah beri kelulusan khas ubat itu (Ivermectin) secara ‘off label’ bagi ujian klinikal. 18 hospital kerajaan terlibat dalam kajian klinikal, akan melibatkan 500 pesakit COVID-19.

Buat masa sekarang, kita ada 200 pesakit akan sertai kajian ini. keputusan akan diperoleh September tahun ini.

Bukan Ivermectin sahaja untuk rawat COVI-19, jangan kelirukan Dewan dengan kebenaran untuk menggunakan Ivermectin sehingga diketahui data kajian.

(Ivermectin) ada kesan sampingan. Negara India dan Peru tarik balik penggunaan Ivermectin. Kenapa kita mahu gunakannya kalau tidak ada indikasi?” jelas YB Dato Sri Dr. Adham Baba

Sama ada ubat ini benar-benar berkesan, sama-samalah kita semua nantikan data dari hasil ujian klinikal pada bulan September ini nanti.

TokTi Tak Merajuk, Tapi Kesal Difitnah-"Saya Tahu Bila Masanya Perlu Berbakti Kepada Negara"
covid-19IvermectinKKM
https://lomp.at/r0454
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Lokal

Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-“Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memuji sikap personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming yang sangat baik dan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Cik B Shopping Sakan Di Korea, Curi Perhatian Netizen!-“Orang Kaya Memang Lain Macam Kan…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian anak perempuan kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen selepas dilihat 'shopping sakan'...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Foto - @littlemisskhan (IG)
Lokal

[VIDEO] Ciri Lelaki Idaman Ameera Khan Buat Ramai Terkedu- “Kaya, Dia Perlu ‘Maintain’ Saya”

by Nurul A.
February 10, 2026

Pempengaruh, Ameera Khan menjadi tular baru-baru ini apabila tampil berkongsi mengenai kriteria lelaki idamannya. Ameera atau lebih mesra dikenali sebagai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara