Umum mengetahui, pelakon, Nelydia Senrose baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila dia kini sedang hamil anak pertama setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Di sebalik kegembiraan Nelydia yang sedang berbadan dua, sepupunya yang juga pelakon, Aprena Manrose menerusi hantaran di Threads berkongsi rasa sayu apabila mengimbas kembali perjalanan mereka bersama-sama dalam fasa berusaha mendapatkan zuriat (TTC).
“Nak meluah kejap. Dulu saya dan Nely sama-sama TTC. Kita kuatkan sesama kita. Sekarang tinggalkan saya seorang je yang belum ada rezeki anak. Semua sepupu dah beranak-pinak, saya bila lagi ya Allah?.”-luah Aprena di Threads

“Allah Beri Bila Tiba Waktunya..”
Perkongsian Aprena dibanjiri dengan komen peminat yang rata-ratanya memberikan kata semangat buat Aprena, malah para pejuang TTC seperti pelakon jelita berusia 33 tahu ini turut berkongsi luahan mereka yang masih belum diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata.
“Allah beri bila tiba waktunya, percaya hikmah dan jalan Allah aturkan. Semoga Wan Syaheera Putri Aprena dikurniakan zuriat pada tahun 2026 ini juga.”
“Saya doakan Aprena jumpa jodoh yang baik , kemudian dikurniakan anak sama-sama ya sayang, jangan sedih dan overthinking. Nanti you turn pulak.”
“Paling terasa, bila sekeliling kau semua pregnant tapi kau masih belum ada rezeki. Sakit.”
“Jangan berhenti berdoa. Jangan berhenti taat pada-Nya. Jangan buat apa yang Dia larang, dan jangan berhenti buat apa yang Dia suruh. Solat jangan tinggal, jaga maruah, jaga aurat, jaga diri. Berzikir berselawat banyak². Jangan buruk sangka pada Dia. Yakin yang Dia Maha Penyayang dan Pemurah.”
Sekadar info, Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016. Namun perkahwinan yang dibina menemui titik noktah apabila mereka telah bercerai pada Jun tahun lalu.
Mereka juga tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang bergelar pasangan suami isteri.
Apa komen anda?






