Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ardell Aryana Berisiko Gagal Tiba ke Gaza, Kesihatan Merosot di Tengah Misi Flotilla Berdepan Dron Israel

by Puteri Alia
September 25, 2025
Share on Facebook

Ibarat hanya selangkah lagi untuk tiba ke perairan Gaza, pelakon Ardell Aryana mendedahkan berkemungkinan besar dirinya tidak dapat meneruskan misi kemanusiaan bersama Global Sumud Flotilla (GSF) berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya. Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 35, dalam nada sebak memohon agar orang ramai tidak putus mendoakan kesembuhannya selain terus memberi sokongan kepada sukarelawan lain yang sedang menggalas misi berbahaya itu.

“Mungkin saya tak sampai ke sana, walaupun ambil masa lebih kurang enam hari lagi. Apa pun kita serahkan kepada perancangan Allah. Saya harap ramai dapat mendoakan saya, kalau Allah kata kesihatan saya memang tidak mengizinkan, harap anda semua terus memberi sokongan kepada kawan saya yang lain,” katanya menerusi siaran langsung yang kemudian tular di media sosial.

Dalam masa sama, Ardell turut menzahirkan permohonan maaf sambil menitiskan air mata kerana tidak mampu menahan rasa kecewa. Namun beliau menegaskan agar orang ramai tidak berhenti menyuarakan kebenaran mengenai penderitaan rakyat Palestin. “Jangan berhenti bersuara tentang saudara kita di Gaza dan jangan berhenti bersuara tentang misi keamanan tanpa senjata, hanya bantuan ubat-ubatan dan makanan. Kita manusia hanya mampu merancang, Allah sahaja sebaik-baik perancang. Doakan yang terbaik untuk saya dan jangan berhenti daripada sokong perjuangan misi ini,” ujarnya lagi.

Ardell turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menginfakkan sumbangan untuk misi Gaza, sambil menegaskan bahawa bantuan tersebut tetap akan disalurkan melalui darat dan lautan meskipun dirinya tidak dapat berada di barisan hadapan. “Kita tidak akan berhenti sampai setakat ini sahaja,” katanya.

Sebelum ini, suaminya yang juga pelakon Nadzmi Adhwa memaklumkan Ardell berada dalam keadaan kurang sihat sehingga terpaksa menjalani rawatan memasukkan air ke dalam badan. Difahamkan, ibu kepada dua anak itu menaiki kapal layar paling kecil, Inana, yang menjadi sebahagian daripada konvoi antarabangsa GSF bertujuan memecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza.

"GSF Akan Diserang? Saya Memang Berdebar, Doa Tanpa Henti" – Nadzmi Adhwa Risau Keselamatan Isteri

Selain Ardell, misi GSF turut disertai seramai 34 aktivis Malaysia termasuk pengamal media Zainal Rashid Ahmad, personaliti media sosial Farah Lee serta dua penyanyi terkenal, Zizi Kirana dan Heliza Helmi. Konvoi kemanusiaan itu melibatkan 53 kapal dari 45 negara dan kini berada di zon kelabu perairan Greece, kira-kira 750 batu nautika dari Gaza. Difahamkan, mereka turut berdepan gangguan dron dipercayai milik Israel yang cuba menjejaskan perjalanan misi tersebut.

ardell aryana
https://lomp.at/zifeu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Nad Zainal Kongsi Sikap Ungku Ismail Ketika Awal Kehamilan, Netizen Terhibur!-“Lelaki Memang Gitu..”

by Naddy Joe
February 12, 2026

Umum mengetahui pelakon, Nad Zainal baru sahaja berkongsi khabar gembira mengenai dia yang kini sedang hamil cahaya mata keempat. Nad...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Spotlight

Musuh Terbesar Penyanyi… Rozi Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Siti Nurhaliza Buat Konsert di TV2

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Ramai peminat mungkin tak sedar, di sebalik persembahan gemilang Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam konsert ‘Aku Cinta Padamu – 30...

Read moreDetails
Foto - @soohyun_k216 (IG) / @ron_sae (IG)
Korea

Gara-Gara Perbuatan Kim Soo Hyun, Ahli Keluarga Kim Sae Ron Hampir Bun*h Diri

by Nurul A.
March 19, 2026

Nampaknya kes mengenai aktres Kim Sae Ron dan aktor Kim Soo Hyun masih berterusan dan kini melibatkan ahli keluarga aktres...

Read moreDetails
Lokal

Amar Baharin Kongsi Keadaan Amyra Rosli

by Naddy Joe
January 27, 2026

Aktor, Amar Baharin menitipkan doa buat isterinya yang juga pelakon, Amyra Rosli yang telah selamat menjalani pembedahan pada Isnin. Jalani...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara