Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ardell Aryana Dedah Diteror Selepas Pulang Dari Gaza, Ada Sanggup Tawar RM5,000 Untuk Jejak Lokasi

by Puteri Alia
October 21, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, mengakui hidupnya kini tidak lagi tenang selepas pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini. Dalam satu perkongsian di TikTok, Ardell mendedahkan dia menerima pelbagai ugutan dan cubaan mengesan lokasinya oleh individu tidak dikenali yang sanggup menawarkan wang tunai semata-mata untuk mengetahui keberadaannya.

Menurut Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 35, antara yang paling mengejutkan ialah apabila pengurusnya dihubungi oleh seseorang yang marah-marah dan mendesak supaya memberitahu di mana dia berada.

“Ada yang sampai telefon pengurus saya dan marah-marah, mendesak supaya beritahu di mana saya berada. Sampai tawarkan RM5,000 hanya untuk tahu lokasi saya. Tapi saya tak kisah sangat. Saya tak takut pun dengan ugutan seperti itu,” katanya dengan nada tenang namun tegas.

Pelakon itu berkata, segala bentuk kecaman dan ugutan yang diterimanya selepas pulang dari misi ke Gaza dianggap sebagai ujian kecil berbanding apa yang telah dilaluinya di sana.

“Orang nak kecam, kecamlah. Dah tak beri apa-apa kesan pun untuk saya. Sekarang ini saya masih lalui beberapa ujian hidup. Tapi saya tertanya juga, berapa ramai yang dibayar semata-mata untuk tahu lokasi saya? Sampai begitu sekali tahapnya. Kalau nak jumpa, saya bukan lari atau sembunyi. Dekat mana-mana pun boleh saja jumpa,” ujarnya.

Sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata dan isteri kepada pelakon Nadzmi Adhwa, Ardell mengakui kekuatan dan ketabahannya datang daripada sokongan keluarga serta doa orang ramai.

“Saya bersyukur sebab masih ramai yang mendoakan dan memberi semangat. Selagi saya berada di jalan yang benar, saya takkan takut,” katanya.

Terdahulu, Nadzmi Adhwa turut mendedahkan bahawa keluarganya kini diperhatikan oleh pihak tertentu yang dipercayai tali barut Israel di Malaysia selepas Ardell menyertai misi tersebut. Situasi itu menimbulkan kebimbangan namun pada masa sama menguatkan tekad mereka untuk terus memperjuangkan kemanusiaan.

"Doa Suami Tiada Hijab"- Nadzmi Adhwa Resah Ardell Hilang Akses WhatsApp Saat Kapal Flotila Diganggu Israel

Untuk rekod, Ardell antara 23 aktivis kemanusiaan Malaysia yang menyertai misi GSF bagi menghantar bantuan ke Gaza. Namun, usaha itu tidak kesampaian apabila bot mereka dipintas tentera rejim Zionis sebelum semua aktivis ditahan buat sementara waktu dan akhirnya dibebaskan. Kesemua peserta misi tersebut selamat tiba di tanah air pada 6 Oktober lalu, namun jelas kini, perjuangan Ardell masih belum selesai kali ini bukan lagi di perairan Gaza, tetapi dalam menghadapi ancaman yang mengekori dari jauh.

ardell aryana
https://lomp.at/4sfno
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Foto - @TMZ (X)
Hollywood

Sudah ‘Move On’, Kali Ini Dakota Johnson Bercinta Dengan Penyanyi Muda!

by Nurul A.
January 26, 2026

Aktres Hollywood, Dakota Johnson dikhabarkan mempunyai teman lelaki baharu selepas berpisah dengan vokalis Coldplay iaitu Chris Martin pada Jun 2025....

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara