Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ardell Aryana Kongsi Detik Cemas Kapal Misi Gaza Dihampiri Dron-“Kami Akan Tetap Mara..”

by Naddy Joe
September 4, 2025
Share on Facebook

Pelakon dan aktivis terkenal, Ardell Aryana berkongsi detik cemas apabila kapal yang dinaiki bersama aktivis yang lain ketika dalam perjalananan misi kemanusiaan ke Gaza telah dihampiri sebuah dron yang berlegar tepat di atas kapal mereka, baru-baru ini.

Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa mereka diminta oleh pihak kapten untuk menyediakan passport dan bersedia untuk terus naik ke atas kapal selepas dihampiri sebuah dron.

“Kami terpaksa terburu-buru pakai kasut untuk keluar sebab ada dron di atas kepala kami. Doakan kiteorang  yang mana kapal kiteorang ni teruskan ke misi.

Kami diminta oleh kapten kami untuk ready passport, dan ready buat kami semua untuk terus naik ke atas kapal.”-kata Ardell di Instagram

Kehadiran Dron Mahu Melemahkan Para Peserta

Menitipkan rasa syukur mereka berada dalam keadaan selamat, Ardell menjelaskan tujuan sebuah dron menghampiri kapal yang membawa misi kemanusiaan adalah bertujuan untuk melemahkan para peserta.

“Alhamdulillah selamat. Kami percaya ia hanyalah dron pemantau dari negara-negara terdekat.

Apapun, menghantar dron ke arah kapal yang membawa misi kemanusiaan adalah psikologi yang bertujuan melemahkan para peserta. Kami akan tetap mara.”-kongsi Ardell lagi

View this post on Instagram

A post shared by CINTA SALAM MALAYSIA-CSM® (@cintasalammalaysia)

Netizen Titip Doa

Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju Gaza dipermudahkan serta para sukarelawan selamat kembali ke tanah air kelak.

“Ya Allah lindungi mereka dari bahaya, permudahkan misi team ini. Aamin Ya Rabbal Alamin.”

“Ya Allah nervous nya saya follow berita ini. Semoga semuanya selamat pergi dan balik. Semoga Allah lindungi semuanya.”

“Terasa debarannya, semoga dipermudah segala urusan.”

Sekadar info, pada Isnin lalu, sebanyak 24 kapal Flotilla dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk 15 wakil Malaysia berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju Gaza bagi membawa mesej solidariti serta bantuan asas kepada rakyat Palestin.

“Mereka Cuba Torture Kami Lagi Ya Allah"- Kata-Kata Ardell Aryana Sebelum Kapal GSF Ditahan Israel
ardell aryana
https://lomp.at/x1vdz
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Foto - @lufyalaana (IG)
Lokal

“Jangan Pukul Rata Kesalahan Jenayah Orang Lain Terhadap Kami”- Lufya Omar

by Nurul A.
January 29, 2026

Hantaran Instagram Lufya Omar mencuri perhatian apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya selepas menerima pelbagai komen yang mendakwa kumpulan usrahnya...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara