Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

5 Artis Tempatan Dengan Anak Bujang Yang Terlajak Tampan

by Jash Lee
March 13, 2021
Share on Facebook

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah antara kata pepatah yang selalu kita dengar bukan? Pepatah ini berkait rapat dengan perkongsian kami untuk kali ini dengan semua pembaca di murai.my.

Ramai selebriti di Malaysia tidak kira lelaki atau wanita memiliki rupa paras yang tampan dan cantik dan raut wajah mereka telah diwarisi oleh anak-anak mereka. Jadi, sudah pasti mereka ini juga akan menerima tempias populariti ibu dan bapa mereka sendiri.

Mungkin ramai yang ingin tahu siapakah anak-anak artis yang terlajak tampan yang kami maksudkan itu. Jadi, jom kita tengok!

Andika Rees Pahamin

via Metro.My

Andika Rees Pahamin adalah anak kepada selebriti Azhar Sulaiman yang merupakan seorang pelakon, pengacara, model, pereka dan juga arkitek. Dia mempunyai 3 orang anak dan 2 daripadanya adalah kembar, Kasih Leia Ixora, Andika Rees Pahamin dan kembarnya Kasih Iris Leona. Kedua-dua anak kembarnya ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Andika Rees Pahamin mempunyai lebih daripada 45 ribu pengikut di instagram. Andika juga seorang yang sangat aktif bersukan, dia juga dikatakan akan mengambil lesen kapal layar kerana bakal menjadi peguam maritim pada masa akan datang.

Untuk info tambahan, Andika juga adalah cucu kepada Dato’ Pahamin Ab Rajab iaitu salah seorang co-founder dan bekas pengurusi syarikat penerbangan Air Asia.

Aaron

via IG

Aaron yang pernah tular di Malaysia kerana memiliki bentuk tubuh dan wajah yang sangat tampan dan menarik. Aaron adalah anak sulung dari 2 lagi adiknya iaitu Brian dan Justin. Aaron merupakan anak kepada pelakon era 90-an Azah Aziz bersama pasangannya Daud Leroy Abdullah.

Aaron sering menjadi topik perbualan hangat di kalangan netizen yang mengatakan wajahnya sama tampan seperti penyanyi latin Enrique Iglesias.

Ian Haziq Macquistan

via ohbulan.com

Ian Haziq yang berumur 19 tahun merupakan anak kepada pelakon hebat Jasmin Hamid. Jasmin Hamid mempunyai 3 orang anak iaitu Rohana, Lukhman Hakim dan Ian Haziq. Ian Haziq dikatakan mempunyai pakej yang lengkap dengan bentuk badan yang sasa persis seorang model, rupa yang tampan dan bakat yang besar.

Sebelum ini Ian Haziq pernah tular kerana kisahnya yang sering disalah anggap sebagai kekasih kepada ibunya. Ian Haziq juga sangat aktif bersukan dan pernah berlakon dalam drama ‘Patah Sayap Bertongkat Paruh’. 

Mohamed Danish Hakim

via ig

Mohamed Danish Hakim merupakan anak sulung kepada pelakon Norman Hakim bersama bekas isterinya Abby Abadi. Mohamed Danish telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran sewaktu usianya baru mencecah 14 tahun. Kemudian, dia telah menyambung pengajian hafazannya di Turki sewaktu berusia 15 tahun. Selain Mohamed Danish, Norman dan Abby Abadi juga dikurniakan 2 orang lagi anak perempuan iaitu Marissa Dania dan Maria Danisha.

Fee Haiqal

via gempak.com

Fee atau nama sebenarnya Mohd Alfeeq Haiqal Mohammad Fauzi adalah merupakan anak kepada penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris. Fee juga pada mulanya menyanyi hanya sekadar hobi dan dia juga tidak menafikan bahawa darah seni yang mengalir dalam dirinya membuatkan dia berminat untuk menceburi bidang nyanyian. Fee juga adalah jurulatih peribadi di salah sebuah pusat kecergasan walaupun pada masa yang sama dia mahu mengembangkan kariernya dalam bidang nyanyian.

Single solo Fee berjudul ‘Aku Mencari’ yang berkonsepkan pop rhythm & Blues R&B dan bernaung dibawah syarikat ibunya sendiri iaitu Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB).

sleebrititanahair artisdananakbujang terlajakhensem
https://lomp.at/xatjd
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Lokal

Zahnita Wilson Nyaris Jadi Mangsa Scammer-“Hati-Hati Di Luar Sana..”

by Naddy Joe
February 26, 2026

Model dan usahawan terkenal, Zahnita Wilson mendedahkan mengenai dirinya yang hampir menjadi mangsa 'scammer', baru-baru ini. Kongsi Zahnita atau nama...

Read moreDetails
Spotlight

Dulu Dilabel Kayu, Lakonan Sharifah Rose Akhirnya Bersuara Sendiri

by Phic ARMAN
February 6, 2026

Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara