Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Asalnya Jual Kek Untuk Suka-suka, Siapa Sangka Wanita Ini Bergelar Jutawan

by Phic ARMAN
September 6, 2022
Share on Facebook

Jual kek sahaja boleh jutawan? Itulah yang telah dibuktikan sendiri oleh Siti Noor Sabrina Soobri atau Sabrina selepas membuka perniagaan bakeri. Mungkin ramai yang terkejut di mana beliau asalnya merupakan seorang  juru x-ray di sebuah kolej perubatan.

Kerana minat dalam pembuatan kek, dia mengambil keputusan memulakan perniagaan bakeri, Mamasab di bawah syarikat Mamasab International Sdn Bhd. Pada asalnya hanya suka-suka buat kek tapi siapa sangka jenama itu akhirnya memiliki cawangan pertama juga terletak di kawasan sama pada 2017.

Pengasas Mamasab Siti Noor Sabrina Soobri, bekas pekerja kerajaan tidak menyangka hanya dengan perniagaan menjual kek yang pada awalnya secara suka-suka dapat menghasilkan jualan ratusan juta ringgit.

Setakat ini, jenama milik bumiputera itu sudah memiliki 151 ribu ejen berdaftar dari seluruh negara. Selain pejabat urusan berpengkalan di PJ, lima kilang termasuk di ibu kota, Johor dan Kelantan menjadi mercu tanda kejayaan.

“Awalnya ia bermula dengan rangkaian 10 inovasi produk bakeri termasuk manisan seperti brownies, durian crepe dan combo bar. Tapi syukur kini, sudah lebih 50 produk dihasilkan termasuk kecantikan.

“Sebelum bertukar nama Mamasab pada 2018, nama asal perniagaan saya ialah Sabrina Bakery. Saya sendiri tak pernah terfikir mampu bergelar jutawan dan berkongsi rezeki itu dengan ramai orang.

“Saya pun bukan datang daripada keluarga yang bertunjangkan perniagaan. Hanya orang kampung biasa-biasa saja. Saya tak pernah terfikir meninggalkan kerjaya juru X-ray membuka laluan rezeki besar,” katanya yang ditemui di majlis Mamasab Grand Award 2021 bagi meraikan ejen dan pelancaran inisiatif Mini Hub oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun 7 Ogos lalu.

Kata Sabrina, nama perniagaannya terbit hasil hubungan baik dengan ejen.

Antara kek yang mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan hinggi beratus biji kek dibuat di seluruh cawangan setiap hari.

“Pelanggan dan ejen suka memanggil saya mama. Malah nama Sabrina juga dipendekkan menjadi Sab. Maka tercetuslah nama Mamasab. Saya ini umpama mak kepada ejen khususnya. Mereka umpama anak saya.

“Panggilan dan nama itu yang buat hubungan terjalin jadi lebih akrab. Ia tidak semata-mata hubungan pengasas produk dan ejen. Sebarang masalah berbangkit membabitkan ejen, saya selesa bawa ia ke meja perbincangan.

“Macam kita selesaikan hubungan dalam kekeluargaan. Hubungan akrab itu juga antara intipati dan kekuatan. Ia sangat manis, saya sama-sama mahu ejen juga bina kejayaan dan bangkit dari apa saja yang menjatuhkan,” katanya.

Katanya lagi, pandemik COVID-19 yang menjelma dua tahun lalu turut membantutkan perniagaannya.

“Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperketatkan, memang jualan merudum. Hingga ejen saya terganggu emosi dan berdepan isu kesihatan mental. Ketika itu, sebagai ibu, saya beri sokongan moral kepada ejen supaya lebih kreatif.

“Saya memberi dorongan di saat ejen berada di tahap paling bawah dalam hidup mereka,” kata wanita kelahiran Hulu Selangor itu.

Tambah ibu kepada empat cahaya mata ini lagi, sebagai pengasas produk dia perlu sentiasa kreatif dan inovatif.

“Lalu terhasillah inisiatif mewujudkan sistem mini hub untuk berniaga secara offline. Selama ini termasuk waktu PKP, perniagaan 100 peratus berpaksikan dalam talian.

“Tapi saya sedar ada ejen yang tidak pandai berniaga secara online. Ada yang segan nak buat lintas langsung atau bercakap depan kamera. Pendek kata skil mereka terbatas.

“Mini hub ini membantu ejen saya berniaga offline dan ia sebagai alternafif. Mini hub ini boleh dibuka di mana-mana tempat, rumah atau kedai bersesuaian dengan bermodalkan RM400 sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Sabrina berkata selama ini perniagaannya berpaksikan pemasaran dengan ‘zero cost’.

Membanggakan, ejen jenama ini bukan calang-calang orang. Malah ada di antara mereka yang asalnya bekerja dalam bidang profesional seperti doktor, pegawai bank dan sebagainya.

Nursyamimi Ramli dari bank ke dunia jualan kek

“Jadi ejen pun boleh berjaya. Ramai sudah membuktikannya saat bersama perniagaan taklukan saya,” katanya.

Serentak pada majlis berlangsung, seramai 91 ejen menjadi penerima anugerah kerana berjaya meraih lebih RM1 juta jualan ke atas.

Boleh berkunjung ke cawangan berdekatan atau hubungi ejen berdaftar Mamasab. Ikuti Facebook (FB) Mamasab Bakery Malaysia, Instagram (@mamasab.bakeryofficial) dan layari www.mamasab.com.

https://lomp.at/mgbdp
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Berita

PMX Titip Ucapan Istimewa Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-46, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
February 26, 2026

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan beliau bersama...

Read moreDetails
Personaliti

YDPA Sultan Ibrahim Gering Akibat Kesakitan ‘Muscoluskeletal’

by Naddy Joe
February 27, 2026

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaporkan kini sedang gering akibat kesakitan muscoluskeletal yang melibatkan bahagian otot dan tulang belakang serta...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
Berita

Putera Mateen & Pengiran Anak Isteri Anisha Kongsi Wajah Puteri Sulung, Sangat Comel!

by Naddy Joe
February 12, 2026

Anakanda kepada Sultan Brunei, Paduka Seri Pangiran Muda Abdul Mateen dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah mencuri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara